CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Rakaman Hiba Suami Menangis Disebar Merata, Aibkan Keluarga Si Mati?

10-5-2021 01:51 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 8766| Komen: 38|Original author: Oleh: Cari-Azza






Rakyat Malaysia dikejutkan dengan perbualan hiba antara petugas barisan hadapan (frontliner) bersama seorang suami yang baru diberitahu tentang kematian isterinya akibat Covid-19.

Rakaman suara kesedihan si suami yang tidak dapat menerima kenyataan tersebut turut dirasai oleh para pendengar. Sementelah lagi apabila mendengar tangisan anak-anaknya yang mengiringi kehibaan ayahnya.

Ianya kemudian disebarkan di pelbagai platform media sosial dan menerima pelbagai reaksi.



Menurut wakil forensik, Allahyarhamah Airda Muslimah binti Mahmood adalah seorang pesakit positive Covid-19 yang telah meninggal dunia pada 6 Mei 2021 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Namun, memandangkan suami dan anak-anaknya masih di dalam kuarantin, maka mereka tidak dapat melihat jenazah buat kali terakhir.


Foto :FB

Bagaimanapun, ada netizen yang tidak berpuas hati dengan penyebaran video tersebut kerana ianya mengaibkan keluarga arwah.


Foto :FB

Dalam dunia tanpa sempadan ini, memang sukar untuk mengekang maklumat dari tersebar. Apabila ia sudah dimuat naik ke internet, potensinya untuk lebih tersebar akan lebih meluas kerana ia dikongsi lebih ramai orang.

Takziah buat keluarga arwah dan bagi rakyat Malaysia, sesungguhnya pandemik Covid-19 ini telah banyak meragut nyawa, jadi jaga diri masing-masing ya. - CARI


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 10-5-2021 01:57 PM
Takziah buat fmly arwah..siapa leak ni mmg bongok.. Ko agk2 la.. Privasi kot. MCMC pon mcm xguna,  xblh pki
Quote Suchi 10-5-2021 02:06 PM
Semalam dengar kat fb kawan share, sedihnya tak sanggup nak dengar habis nak plak dengar suara anak2 tu.
Ingatkan edit ke apa rupanya rakaman betul.
Takziah buat arwah semoga rohnya dicucuri rahmat.
Quote KIM.K 10-5-2021 02:07 PM
Tak manis viralkan. Nanti ada hamba Allah kata ini karma keatas keluarga arwah atas perbuatan si pulan si pulan dulu..macam2 andaian orang buat. Kecuali waris izinkan
Quote msdummy.2018 10-5-2021 02:08 PM
Tp aku pndg is good to share bukan apa..br ada akai org yg ckp cobid xwujud kan? Selagi xkrna btg hidung sndr slagi tuh xberinagt!
Quote MsKathryn 10-5-2021 02:14 PM
Salam takziah... dgr rakaman perbualan tu sedihnya kehilangan org tersayang
Quote midori_katana 10-5-2021 02:20 PM
Akak tak rasa mengaibkan pun... menginsafkan lagi adala
Quote haznor 10-5-2021 02:21 PM
msdummy.2018 replied at 10-5-2021 02:08 PM
Tp aku pndg is good to share bukan apa..br ada akai org yg ckp cobid xwujud kan? Selagi xkrna btg hi ...

Me too fikir macam tu.
Quote chandrahusin 10-5-2021 02:23 PM
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎
Quote any42 10-5-2021 02:29 PM
Baca artikel pun dah turut sama rsa sedih klau dgr audio xtau la agk mnangis sama. Semoga fmly arwah tabah. salam takziah. al-fatihah
Quote mawar_mustika 10-5-2021 02:30 PM
br dpt pg td kat group wassup...igtkn tipu2...tp dlm duk pk tipu2 meleleh jugaklh air mata ble dgr suami & anak2 die menangis...for me rakaman tu x mengaibkan pun...serius mmg btul2 terkesan sgt dgn rakaman ni dgr suara suami die yg lost xleh nk buat ape...sedih sgt
Quote tobobon 10-5-2021 02:31 PM
meols  berbelahn bagi pasal benda ni..

in other side..rasa mcm x patut viralkan rakaman mcm ni

but in other side..kadang2 benda mcm ni kena viralkan..bagi  'takut' sikit orang awam kat luar sana...

yelah..kalau yg viral  buat fashion show, senamrobik kat pusat kuarantin..org mcm x takut sgt...rasa depa mcm fun kena covid
Quote Kurex 10-5-2021 02:32 PM
Ok je sebarkan, tak sebar nanti, orang takkan oercaya & ambik mudah pasal covid
Quote Nana_Man 10-5-2021 02:37 PM
Baru terdgr tadi. Sedih sgt. Dah lah nk raya. Pasal patut atau tak patut sebarkan, ada buruk baiknya. Buruk mgkn aibkn family. Takot ada discrimination terhadap mereka. Yg baiknya, mgkn dpt menyedarkn sesetengah org yg this thing is real.
Quote rifaa 10-5-2021 02:40 PM
sedih sangat dengar rakaman tu...
semoga suami dan anak2nya diberi ketabahan dan kesabaran
Quote otai_g 10-5-2021 02:42 PM
Normabaru replied at 10-5-2021 01:57 PM
Takziah buat fmly arwah..siapa leak ni mmg bongok.. Ko agk2 la.. Privasi kot. MCMC pon mcm xguna,  x ...

Mcmc yg pagenya beli dr bdk wechat tu? Big joke man. Kalo aku chairman aku dah haramkan mcmc ni. Buat agensi lain.
Quote Normabaru 10-5-2021 02:44 PM
Kurex replied at 10-5-2021 02:32 PM
Ok je sebarkan, tak sebar nanti, orang takkan oercaya & ambik mudah pasal covid

Bukan isu percaya or tak.. Tp if mmg selfish.. Selfish jugakk...

Inb4.. Yg dh penah masuk dlm sbb kobid pon rilek2 je langgar sop ke sana ke sini attend majlis kawen tahnik bagai.. Nk kata xde otak dah ada phd.. So so so???
Quote opie5662 10-5-2021 02:53 PM
Takde aib pon... Bahkan mgkn ramai yg mendoakan utk arwah.... Netijen malaysia ni sket2 aib... Menyampah
Quote TerataiMelur02 10-5-2021 02:58 PM
KIM.K replied at 10-5-2021 02:07 PM
Tak manis viralkan. Nanti ada hamba Allah kata ini karma keatas keluarga arwah atas perbuatan si pul ...

Teringat kes ni.. Lepas tu ada pulak pi buat karangan katanya tak elok sebarkan aib.
Aib mende.. Dah tv3 pun main taram je iv makcik ni lepas tu muka tak d tutup.

[fbp]https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1560886237605922&id=270326046661954[/fbp]
Quote annehuda 10-5-2021 03:15 PM
kene tanya suami arwah sendiri, adakah dia kasi consent pada yg tukang viral tu

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.057598 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top