London: Seorang cef yang mendapat gelaran Salt Bae mendapat perhatian di laman sosial kerana akan menawarkan hidangan stik bersalut emas 24 karat di cawangan restoran sulungnya dekat United Kingdom (UK).
Restoran itu akan dibuka pada 17 Mei depan iaitu hari sama penduduk dibenarkan semula makan di dalam restoran. Mirror UK melaporkan, Salt Bae akan menjual hidangan unik itu dengan harga 700 Pound Sterling (kira-kira RM4,023). Desas-desus pembukaan restoran di barat London itu sudah tersebar sejak 2017, namun baru kini kenyataan selepas sekatan pergerakan ditamatkan. Pembukaan restoran mewah itu menjadi bualan netizen antaranya di Twitter. "Jumpa saya di restoran Salt Bae sebaik ia dibuka London," tulis seorang pengguna menerusi Twitter. Seorang lagi pengguna Twitter mengibaratkan pembukaan restoran Salt Bae di London seperti ceri yang diperlukan pada musim panas.
Salt Bae atau nama sebenarnya Nusret Gokçe, adalah pemilik rangkaian stik mewah dikenali Nusr-Et . Beliau memiliki rangkaian restoran mewah itu di seluruh dunia dari Abu Dhabi hingga Greece dan pernah menyediakan hidangan untuk selebriti terkenal seperti Leonardo Di Caprio dan David Beckham. Salt Bae mendapat iham menyediakan stik dengan cara unik ketika bekerja di restoran Argentina dan Amerika Syarikat (AS) secara percuma iaitu tempat beliau belajar menguasai kemahiran itu. -CARI Sumber: Harian Metro
|
midori_katana replied at 10-5-2021 12:21 PM
Geli pulak tgk garam tu jatuh kat lengan dulu sblm masuk ke pinggan..
midori_katana replied at 10-5-2021 12:21 PM
Geli pulak tgk garam tu jatuh kat lengan dulu sblm masuk ke pinggan..
ADVERTISEMENT