Pelawak Lan Pet Pet memaklumkan insiden bergaduh dengan seorang penghantar makanan yang tular baru-baru ini sudah selesai cara baik. Dia yang juga sudah berdamai dengan lelaki terbabit menjelaskan isu berkenaan di Instagramnya.
Kata Lan atau Mazlan Ahmad, 52, penghantar makanan itu juga menarik semula laporan polis selepas mengakui kesilapannya menjadi punca pergaduhan tersebut berlaku. “Kami dah bersemuka dan kes pun dah selesai. Lepas saya buat report polis dan dalam dua,tiga hari selepas itu dia pun buat laporan polis. Saya ucap terima kasih dengan bro penghantar makanan itu dan kami berbaik secara aman damai,” katanya. Dia yang turut diwakili peguam, Datuk Dr Aswandi Hashim berkata, sidang media berkenaan kes itu diadakan untuk menjelaskan perkara sebenar bagi pihak anak guamnnya. “Perkara ini sebenarnya melibatkan sedikit salah faham. Video viral oleh wanita tersebut (yang merakam) seolah-olah menghakimi (tanpa usul periksa). Kalau salah 100 peratus pada Lan, saya yakin rider itu akan saman Lan di atas kerugian yang dialaminya. Tapi akhirnya bila bersemuka, dia menarik balik report tersebut," jelasnya.
|
blackpaper replied at 11-5-2021 12:11 AM
dah sendu, publisiti murahan....kepam sgt pet pet ni
ADVERTISEMENT