CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Dapat Rentas Negeri Laluan Tikus Ditutup, Penghadang Dibakarnya

10-5-2021 01:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 15102| Komen: 151

Akibat terlalu marah laluan tikus ditutup, segelintir penduduk bertindak liar dengan membakar penghadang dan kawat duri yang telah didirikan oleh pihak polis.

Perbuatan khianat itu dikesan di Kampung Gong Lapang, Besut kira-kira jam 9.30 pagi pada Ahad.



Kredit foto: Malaysia Dateline

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, masyarakat seharusnya memahami pentingnya untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak Covid-19 apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Bagaimanapun ada masyarakat yang tidak mengambil endah dengan arahan yang telah dikuatkuasakan.

Katanya ianya terbukti dengan sikap tidak bertanggungjawab dengan merosakkan penghadang dan kawat duri yang telah dibuat di sempadan Besut, Terengganu dan Pasir Putih, Kelantan.

Tindakan itu, jelasnya, seperti memberontak kerana "laluan tikus" yang biasa mereka lalui telah pun ditutup sepenuhnya di sempadan antara kedua negeri itu.


Susulan itu Roslee berkata pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut bersama Jabatan Kerja Raya telah meletakkan penghadang batu bagi memastikan laluan ini tidak dialihkan pada masa akan datang.


Kredit foto: Sinar Harian

Katanya pihaknya juga sedang giat memburu individu yang melakukan perbuatan khianat berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api.

Justeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dgn kejadian merosakkan harta kerajaan, boleh terus menghubungi bilik gerakan IPD Besut di talian 09-6959999 atau mana-mana balai polis berhampiran.


Sumber: Awani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 9-5-2021 06:00 PM
make ikang cicah budu.
Quote cheezel 9-5-2021 06:04 PM
sakainya pantai timur nih.
Quote nazzse 9-5-2021 06:35 PM
Bongok budus puok2 nih. Degil kerah palo benok buleh ko pokdio belako.
Mampuh belako sene
Quote bungarose 9-5-2021 06:41 PM
Bowdow maner nih
Quote VioletsAre_Blue 9-5-2021 06:45 PM
Dah kenapa orang kelantan nak rentas masuk ke besut? Kelantan kes tengah mencanak, jangan la masuk negeri lain suka hati
Quote minahsenget 9-5-2021 06:48 PM
degil sungguh nihhh
Quote merrissa 9-5-2021 06:52 PM
tu dia ....tu baru org kelate....kalo org negeri lain belum lagi....macam2 perangai betul...huhuhu

mesti kaki gam ni
Quote MeghanK 9-5-2021 07:00 PM
macam orang tak bertamadun..tak balik raya bukan mati pon..bodoh betul
Quote noor2 9-5-2021 07:06 PM
Dah mcm indon orang kelantan ni....
Quote pearl.silver 9-5-2021 07:10 PM
Kt sini diorg tambak dgn pasir. Xbg org lalu.
Quote uori 9-5-2021 07:11 PM
marhaen dengan retis sama bebal
Quote noor2 9-5-2021 07:13 PM
Shopping mall pun orang sesak sibuk beli baju raya...persoalannya nk beraya ke mana...
Quote msdummy.2018 9-5-2021 07:55 PM
Pergi mampuslah forrumees..korang mengata ummah pate timo..hbs yg korang bersesaknkat jalan tar, berbaria panjang kunjung bazar..korang pun sama jerk perangaiiii...hak tuihhhh
Quote ifanonline 9-5-2021 07:59 PM
msdummy.2018 replied at 9-5-2021 07:55 PM
Pergi mampuslah forrumees..korang mengata ummah pate timo..hbs yg korang bersesaknkat jalan tar, ber ...

marah nya...
Quote kakikuDibibirmu 9-5-2021 08:01 PM
Jangan marah-marah nanti kena jual
Quote ajinomotonosuga 9-5-2021 08:09 PM
Oang pantai timur ni mmg barbaric..tak bertamadun..akai kat juboq ye?

Ce tanya setat ganu UAI tu..haram tak.bako penghadang..?

Tp.klo takdir Allah akal depa mmg gitu..sabo je laa..mcm sabo jaga sekandang lombu
Quote ajinomotonosuga 9-5-2021 08:11 PM
msdummy.2018 replied at 9-5-2021 07:55 PM
Pergi mampuslah forrumees..korang mengata ummah pate timo..hbs yg korang bersesaknkat jalan tar, ber ...

Niiii tentu stok budu dah abeh ..tak pun kopok lekoq tak lepeh pkp
Quote renko 9-5-2021 08:12 PM
Sakai. Mati gaknye xdapat balik beraya
Quote tungkai 9-5-2021 08:15 PM
Haiyoo....very desperate nak beraya sampai tak pikir impact kalau ada kluster baru nanti..

Lihat semua komen(151)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.109476 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top