|
Dua buah rumah hangus dijilat api dalam insiden kebakaran yang berlaku di Cakung, Jakarta Timur semalam. Menurut pihak berkuasa, kebakaran itu berpunca daripada dapur gas yang meletup ketika penghuni di satu daripada dua rumah berkenaan membuat kuih raya.
Jurucakap bomba Jakarta Timur, Gatot Sulaeman berkata, ketika kejadian, dapur gas tersebut tiba-tiba meletup menyebabkan api menyambar dengan cepat sehingga semua penghuni tidak sempat mengambil barangan penting. “Pasukan bomba terima laporan kebakaran dari penduduk tempatan pada pukul 11.49 malam waktu tempatan. “Sebanyak tujuh jentera bomba berserta 30 anggota dikerah ke lokasi kejadian,” katanya kepada Republika. Jelas Gatot, kerja-kerja memadam kebakaran bermula pada pukul 11.58 malam dan selesai pada pukul 1.38 pagi.
“Setakat ini, tiada laporan kecederaan mahupun korban jiwa dilaporkan dan nilai kerugian dianggarkan sebanyak 90 juta rupiah (RM26,191),” ujar Gatot. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-2-2026 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.209199 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.