CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lapor polis jika jiran langgar SOP Aidilfitri, pulang beraya tanpa kebenaran

10-5-2021 03:25 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2489| Komen: 9


Kangar: Orang ramai dinasihatkan agar memerhati kawasan kejiranan mereka dan memaklumkan kepada polis sekiranya terdapat individu yang pulang beraya ke kampung tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa, kata Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad.

Beliau berkata, maklumat sedemikian diperlukan bagi membolehkan pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap individu yang masih berdegil dan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri 2021.

"Polis Perlis juga akan tingkatkan jumlah keanggotaan dalam memastikan pematuhan SOP serta akan mengambil tindakan tegas terhadap individu di kawasan perumahan... termasuk memperketatkan kawalan di sempadan negeri, stesen bas dan stesen kereta api," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Surina juga menasihati orang ramai agar mematuhi SOP Aidilfitri yang ditetapkan oleh kerajaan dan berada di rumah kecuali mempunyai urusan penting.


Menurutnya, kadar pematuhan SOP di Perlis adalah tinggi iaitu 98 peratus dan berharap orang ramai terus mematuhi ketetapan itu bagi mengekalkan Perlis sebagai negeri hijau dan memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19.

Mengulas mengenai jumlah kenderaan yang dikesan bertambah di Perlis sejak beberapa hari kebelakangan ini, Surina berkata, jumlah kemasukan kenderaan ke negeri itu tidak serius iaitu sekitar lima peratus berbanding hari biasa.

"Peningkatan jumlah kenderaan berpunca daripada ibu bapa yang mengambil anak-anak mereka yang menuntut di institusi pengajian tinggi sekitar negeri ini untuk pulang beraya di samping kemasukan penduduk dari Kedah yang berulang-alik bekerja di Perlis," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar Superintendan Wari Kiew berkata, pihaknya akan melakukan rondaan pematuhan SOP Aidilfitri secara menyeluruh di sekitar Kangar bermula hari ini.

"Hari Raya nanti, kita akan 'all out' termasuk melakukan rondaan dari rumah ke rumah bagi memastikan orang ramai mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

"Diharapkan agar orang ramai dapat terus memberi kerjasama dengan polis bagi mencegah penularan wabak COVID-19 di negeri ini," katanya.



Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 10-5-2021 03:28 PM
lapor dpt apa je..
Sedangkan yang dah lama lapor pon ko bt dekk je.. Pfftt
Quote dani-rox 10-5-2021 03:30 PM










Quote msdummy.2018 10-5-2021 04:14 PM
Normabaru replied at 10-5-2021 03:28 PM
lapor dpt apa je..
Sedangkan yang dah lama lapor pon ko bt dekk je.. Pfftt

Well said kaka....
Quote Normabaru 10-5-2021 04:15 PM
msdummy.2018 replied at 10-5-2021 04:14 PM
Well said kaka....

Khuenssss... Buang boreh jer..baik membawang kt porum Hehehehe
Quote Zirara99 10-5-2021 04:20 PM
Not applicable on SSKJP
Quote Punat_button 10-5-2021 04:37 PM
ini bagi kes yang bermegah2 dapat lolos tanpa surat lah. ada tu eksyen dapat surat dengan jalan auta, yang tu agak susah polis nak tangkap sebab nanti dia auta lagi



Quote scorpionkiki 10-5-2021 04:39 PM
Normabaru replied at 10-5-2021 03:28 PM
lapor dpt apa je..
Sedangkan yang dah lama lapor pon ko bt dekk je.. Pfftt

Orang perlis jgn main2 oo..Depa akan report punya...hence sbb tu negeri depa jangkitan covid samgat rendah
Quote NataliaLuiz 10-5-2021 04:41 PM
Mamazat dah hint, nak buat openhouse raya nanti. Si lemak ckp dlm video kempen tudung naelofar kot, "sokmo kelik rayo di klate tapi sbb pkp, first time raya kat KL."For sure dia jemput sdara mara yg ada kat KL. Haaa standby la uolls report polis.
Quote Artemesiaa 10-5-2021 04:43 PM
Berapa ramai je yang sanggup lakukan dah duduk dikawasan yang sama kalau kantoi pasti bermusuhan pulak sesama jiran jadinya

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 10:50 PM GMT+8 , Processed in 0.059462 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top