![]() Penyanyi Tajul Ariff Noor Md.Shari,23 atau lebih dikenali sebagai Tajul bakal meraikan Aidilfitri pada minggu hadapan dengan penuh keceriaan apabila isterinya, Nurul Shamieza Eddie selamat melahirkan anak kedua mereka, pada petang Khamis di sebuah pusat perubatan di Kajang, Selangor. Timang Anak Lelaki Menerusi perkongsian yang dibuat pelantun Ku Sayang Kau Rindu ini dalam laman Instagram nya, isterinya telah bersalin secara normal anak kedua mereka yang merupakan seorang bayi lelaki seberat tiga kilogram.Malah dia turut bersyukur kerana urusan bersalin isterinya telah dipermudahkan. “Alhamdulillah, berkat doa korang semua. Tak sampai satu jam bertarung nyawa dalam bilik bersalin isteri Tajul dah selamat bersalin dengan normal. “Berat anak 3 kg, baby boy.. sepasang dah dapat,” tulis Tajul Kepala Terkehel Di kesempatan itu, Tajul turut berkongsi pengalaman kepalanya terkehel akibat ditarik oleh Shamieza ketika mengalami ‘contraction’ sewaktu bersalin. Malah Tajul berkesempatan menunjukkan kesan lebam tersebut yang menimbulkan rasa lucu dikalangan pengikutnya. “Walaupun kepala aku terkehel tadi, sebab bini aku tarik masa contraction dia tengah kuat. Nasib baik masih selamat.. Nama baby nanti Tajul akan umumkan,” tulisnya lagi.
|
kelip2_07 replied at 7-5-2021 02:34 PM
siap bulu mata pelesu ke tu ngalahkan cik ta

dewi_rina replied at 7-5-2021 03:34 PM
Sorry OT:
Tengok tajul nie bermewah-mewah dengan bini dia, bersalin pun wad VIP katanya..
dewi_rina replied at 7-5-2021 03:34 PM
Sorry OT:
Tengok tajul nie bermewah-mewah dengan bini dia, bersalin pun wad VIP katanya..
shaiy replied at 7-5-2021 03:05 PM
Besarkan la badan tajul sampi leher terkehel hahahaahha. Kepeng sgt badan tu.
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
20-2-2026 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.349595 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.