Siapa sangka dugaan menimpa seorang peniaga di bulan Ramadan apabila tempahan biskut raya yang dijualnya dibatalkan pelanggan pada saat akhir. Kesedihan itu diluahkan menerusi video di aplikasi TikTok, yang memaparkan tangkap layar mesej pelanggan berkenaan bersama 13 balang biskut raya yang ditempahnya.
Berdasarkan mesej tersebut, pelanggan wanita itu membatalkan tempahan tersebut selepas suaminya telah membeli biskut raya daripada seorang rakan. Peniaga berkenaan, Muhammad Azmi Mohd Suhaimi berkata, pelanggan tersebut baru dikenalinya menerusi Facebook dan tidak pernah bertemu denganya sebelum ini. Pemuda berusia 23 tahun itu memberitahu, 13 balang yang ditempah pelanggan wanita itu berjumlah RM140 itu telahpun siap ketika pembatalan dibuat saat akhir, pada Rabu.
"Kesemua 13 balang tu dah siap, tinggal nak hantar je. Dengan akak tu saya memang tak ambil wang deposit sebab saya buka tempahan untuk mereka yang saya kenal saja. "Tapi sebelum ni okay je, tak sangka pula akak tu cancel order, saya sedih dan terkilan. Tapi nak buat macam mana, saya reda dan anggap ia sebagai adat berniaga, ada ujian dan dugaannya," katanya kepada mStar. Lebih mesra disapa Azmi, dia sebenarnya berniaga burger dan hanya membuka tempahan biskut raya secara kecil-kecilan sepanjang bulan Ramadan, sejak usianya 19 tahun. Dia yang berasal dari Serendah di Hulu Selangor, Selangor itu menetap bersama ibu bapanya, masing-masing berusia 41 dan 46 tahun serta adik lelaki berusia 19 tahun. "Kedua-dua mak dan ayah pernah bekerja sebagai cleaner di sekolah, tapi mereka tidak lagi bekerja selepas jatuh sakit. "Mak menghidap tiroid sejak 2018, manakala ayah kena strok sejak tahun lepas. Sejak itu, saya dan adik-beradik menjaga mak ayah," ujar anak kedua daripada tiga beradik itu. Menurut Azmi, akaun banknya sebenarnya tidak aktif menyebabkan dia sebelum ini hanya mengambil bayaran penuh secara pembayaran tunai semasa serahan (COD). Namun katanya, kebanyakan netizen menyarankannya untuk menetapkan bayaran deposit terlebih dahulu sebelum tempahan dibuat bagi mengelakkan kejadian berulang. "Apa yang telah berlaku saya jadikan sebagai pengajaran dan berterima kasih buat mereka yang banyak memberi sokongan kepada saya," katanya sambil menambah antara biskut raya yang dijualnya adalah tart nanas, semperit dan biskut Milo. Dalam pada itu, Azmi memberitahu 13 balang biskut raya yang telah dibatalkan seorang pelanggan itu telahpun dijual susulan videonya di aplikasi TikTok menjadi tular. Tambah Azmi, video yang tular itu juga menyebabkan bisnes biskut rayanya mendapat permintaan ramai yang amat menggalakkan. "Jika sebelum ini, saya dapat tempahan kira-kira 30 balang biskut raya dalam seminggu. Tapi belum pun dua hari penuh selepas viral, saya telah terima tempahan 25 balang dan bayaran ada yang dibuat penuh dan deposit. Alhamdulillah rezeki saya," katanya. Sumber: mStar
|
putericahaya999 replied at 10-5-2021 04:34 PM
Alhamdulillah
Kuih raya akak 5 balang dh hbs
Esok nk g borong 10 balang
sarah82 replied at 10-5-2021 05:38 PM
Hahaha.. Betul.. Dah habis kuih raya.. Mujur beli lagi 3 balang
putericahaya999 replied at 10-5-2021 05:58 PM
Takapa esok g beli lg
Taraf mydin je mampu
Makan ulang2 dgn anak2
ADVERTISEMENT