|
Tidak semua yang dilahirkan ke dunia ini cukup sifatnya. Walaupun mempunyai kekurangan dari segi fizikal, namun ia bukan penghalang untuk meneruskan kehidupan malah lebih tabah dalam menempuhi pelbagai cabaran hidup.
Walaupun terdapat halangan dari segi fizikal, namun pasangan suami isteri kurang upaya (OKU) iaitu Fatima dan Aijaz tidak patah semangat dan terus mencari rezeki yang halal. Hanya berbekalkan gajet yang ada, Fatima dan Aijaz telah membuka saluran YouTube mereka sendiri untuk berkongsi mengenai kisah kehidupan seharian mereka. Meskipun baru beberapa minggu membuka akaun YouTube, kini mereka telah meraih lebih 76 ribu subscribers dan video-video yang dimuat naik juga mendapat tontonan lebih belasan ribu.
Demi untuk mencari pendapatan bagi menyara kehidupan mereka, cara berkenaan merupakan satu-satunya perkara yang mereka mampu lakukan kerana kedua-duanya merupakan insan kurang upaya. Video yang dimuat naik oleh pasangan berkenaan mendapat perhatian masyarakat tempatan dan rata-ratanya meninggalkan komen yang memberi semangat kepada pasangan tersebut. Sumber: OhBulan
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
21-2-2026 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.035797 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.