Malaysia mahu kerajaan Israel bertanggungjawab terhadap pelanggaran hak asasi manusia yang dilakukan tenteranya dalam serangan ke atas rakyat Palestin. Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, apa yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin termasuk serangan di Masjid Al Aqsa baru-baru ini telah melanggar undang-undang antarabangsa.
“Pendirian Malaysia tidak akan berganjak doa dan sokongan akan terus mengiringi perjuangan rakyat Palestin sampai bila-bila. Semoga pihak yang melakukan kezaliman terhadap negara dan rakyat Palestin, diberi azab pembalasan setimpal oleh Allah SWT,” katanya menerusi laman Facebook hari ini. Beliau menyifatkan perbuatan zalim Israel sebagai amat menjengkelkan kerana telah menghina umat Islam. “Masjid Al-Aqsa tempat yang amat suci bagi umat Islam. Sudah tiga hari berlalu namun ia masih berbekas dan hanya Allah SWT sahaja tahu betapa sedih dan marahnya melihat masjid suci ini diceroboh dan saudara-mara kita di sana diserang tentera penjajah Israel serta pendatang haram Yahudi 7 Mei lalu.
“Lebih menjengkelkan, ini bukan kali pertama pihak Israel bertindak zalim dan menghina umat Islam seperti ini,” tambah Hishammuddin. Semalam beliau menegaskan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan dan serangan tentera penjajah Israel serta pendatang haram Yahudi ke atas rakyat Palestin dan jemaah yang sedang beribadah di Masjid Al-Aqsa sejak beberapa hari lalu. Sumber: MalaysiaGazette |
Boomibulat replied at 10-5-2021 05:28 PM
Yg kes pensyarah Palestin yg kena tembak 2,3 thn lps pun senyap je kan smpai sekarang..tu yg dlm neg ...
kivio replied at 10-5-2021 06:11 PM
La. Cakap sini buat apa. Pi cakap depan2 ketua israel sana la.
Tolor mana tolor
Orix replied at 10-5-2021 02:15 AM
Berani ke??? Kt Malaysia ni Tun Det jah so far berani hantam depan2… yg lain halahhhh kejo sajat ...
Dwdrum replied at 10-5-2021 06:20 PM
Tok det hentam under UN memang tiada effect samada orang akan kagum or akan di benci.... Paling mu ...
Orix replied at 10-5-2021 02:23 AM
Apa jah saudi tu berani buat ? Menonggang arak dalam istana mewah berani la…. Dengan Yemen sesama ...
NataliaLuiz replied at 10-5-2021 05:53 PM
Tu lah. Apa jadi dgn kes arwah pensyarah ni ya? Last berita baca pasal ni, wife and anak2 dia bali ...
ADVERTISEMENT