PETALING JAYA: Seorang warga emas sanggup menyamar sebagai pegawai kanan polis bagi mendapatkan kelulusan permohonan rentas negeri sebelum dia ditahan di Balai Polis Petaling Jaya, kelmarin Lelaki berusia 65 tahun datang ke balai polis bagi memohon permit rentas negeri pada jam 9 malam. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fahkrudin Abdul Hamid, berkata suspek menunjukkan gambarnya memakai pakaian seragam polis di telefonnya kepada anggota polis bertugas. "Suspek mengaku bergelar 'Datuk' dan berpangkat Asisten Komisioner tanpa menunjukkan sebarang bukti identiti sebagai pegawai kanan polis. "Anggota polis yang bertugas ketika itu meminta suspek mengemukakan dokumen yang menunjukkan dia adalah pegawai kanan polis namun suspek gagal berbuat demikian," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mohamad Fakhrudin berkata, susulan itu, suspek ditahan kerana gagal mempamerkan sebarang kad identiti dan kad kuasa serta menyamar sebagai penjawat awam. "Suspek ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan," katanya. Sumber : Berita Harian |
glump replied at 11-5-2021 12:44 AM
Jadi ACP pun kena mohon kebenaran merentas.. ACP balai Mana?
ADVERTISEMENT