KOTA BHARU : Kecoh di Facebook Ahad lalu mengenai kepulangan anak Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang dikatakan membawa 'pulang' virus Afrika Selatan sehingga mencetuskan kluster Bunut Sarang Burung. Anak bekas Menteri Besar Kelantan, Nik Mohamad Abduh tampil menafikan dakwaan tidak berasas itu dan berkata, mengikut makluman daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) varian itu telah menjangkiti seorang remaja berusia 16 tahun sehingga mencetuskan kluster sedangkan anaknya berusia 26 tahun. "Anak saya berusia 26 tahun, memang betul dia belajar di Afrika Selatan dan pulang ke Kelantan pada 5 April lalu tetapi itu pun selepas selesai menjalani kuarantin wajib selama 10 hari di Kuala Lumpur sebagaimana disyaratkan oleh kerajaan. "Dia akan kembali semula ke negara berkenaan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin. Menurutnya, dia dan keluarga tidak berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang telah menyebarkan berita palsu tersebut. "Biar mereka (penyebar) buat pahala banyak-banyak di bulan Ramadan ini," katanya. Loading FB Post... Terdahulu, Nik Abduh memuat naik status di Facebooknya berkongsi kegembiraan menyambut kepulangan anak sulungnya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu yang pulang bercuti dari Afrika Selatan. Sejurus selepas itu tular tangkap layar Facebook yang mempersoalkan kepulangan anak sulung Nik Mohamad Abduh ke Kelantan sama ada menjalani kuarantin wajib atau tidak. |
jiwarasa replied at 11-5-2021 04:01 AM
boleh ek rentas negara sekarang ni?
jiwarasa replied at 11-5-2021 04:01 AM
boleh ek rentas negara sekarang ni?
jalfa replied at 11-5-2021 07:22 AM
Nak renew visa ka kp ka x boley buat kat ibu pertiwi ke...mmmg kena balik serambi baru boleh buat k ...
mamajawie replied at 11-5-2021 07:43 AM
Tu si ebit lew bru n team bru blik afrika tu trus merayap2 g johor la kl la pahang la apsal polis wa ...
batmana replied at 11-5-2021 07:26 AM
Boleh aja..urusan kerja,belajar aja..klu pi holiday mmg xdptla.membe balik Korea mggu lpas on bole ...
mrsamz replied at 11-5-2021 07:57 AM
Tu lah aku baca ramai gak yg balik raya kalini..merata dari us jepun saudi bla2..oklah dia nak bal ...
Jiddin replied at 11-5-2021 07:49 AM
bila masa dia ni jadi mb kelate smpi reporter tulis bekas?
highcastle replied at 11-5-2021 08:28 AM
Kan kena kuarantin 10 hari dulu.......
jiwarasa replied at 11-5-2021 04:01 AM
boleh ek rentas negara sekarang ni?
ADVERTISEMENT