CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Biadab, Lelaki Kanada Diusir Kerana Tawar Kelas Yoga 'Orgasmik' Di Bali

11-5-2021 06:20 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6766| Komen: 41

Lelaki warga Kanada diusir dari Bali kerana menawarkan kelas yoga 'orgasmik' selepas pihak berkuasa Indonesia berkata, dia tidak menghormati budaya dan tradisi tempatan.

Christopher Kyle Martin diusir dari Indonesia semalam, selepas mempromosikan kelas 'Tantric Full Body Orgasm' dalam talian dengan harga 20 euro (RM99.84).



Kredit foto: AFP

Promosi itu tular di media sosial, mengundang kecaman beberapa kumpulan konservatif.

"Kegiatan ini mampu merosakkan reputasi Indonesia dan Bali sebagai destinasi pelancongan, selain tidak menghiraukan adat Bali.

"Anda perlu menghormati budaya Bali, jika mahu kembali ke sini," kata Gabenor Bali, Wayan Koster, pada sidang media bersama Martin yang duduk di sisi pegawai imigresen, seperti dipetik AFP.

Pejabat Imigresen Bali mengesahkan Martin memasuki Indonesia menggunakan visa pelancong, April lalu, sudah diusir kerana tidak menghormati budaya dan tradisi Bali.


Menurut pejabat imigresen, Martin menjelaskan kelas yoga tidak membabitkan sebarang aktiviti seksual, sebaliknya mengutamakan teknik pernafasan.

Kelas itu dibatalkan ekoran protes.

Bali, pulau didiami penganut Hindu, sudah mengusir puluhan warga asing kerana tidak menghormati tempat suci atau melanggar sekatan COVID-19.

Tahun lalu, seorang pengamal yoga warga Syria diusir dari Bali kerana melanggar sekatan COVID-19 dengan mengadakan perhimpunan sesak. 


Sumber: BH Online
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 11-5-2021 06:27 AM
Nama gabenor tu lah yang I-Wayan

Bodoh punya wartawan
Quote ReginaGeorge 11-5-2021 06:52 AM
Walhal diorang lagi banyak ritual pelik2. Tapi yelah, dah budaya diorang.
Quote rbmy 11-5-2021 07:16 AM
miss baliii
Quote batmana 11-5-2021 07:28 AM
Kenapa nama pulau tu bali?byk pokok bali ka?
Quote KIM.K 11-5-2021 08:00 AM
Bali sekarang cari jalan usir expat miskin. Semak katanya
Quote bulanbulat 11-5-2021 09:47 AM
Bagusnya bali ni, strict dengan matsaleh yang tak reti hormat adab dan budaya setempat
Quote imanjannah 11-5-2021 09:57 AM
mcm. mna rupa yoga yg ditawarkn tu
Quote Orix 11-5-2021 10:02 AM
tak paham. tgah2 beryoga tetiba orgasm ke cmne ?
Quote innocent_me 11-5-2021 10:04 AM
Silalah datang malaysia . Mesti ramai backup anda nanti. Silap2 boleh jadi kaya raya
Quote eyansss 11-5-2021 10:05 AM
KIM.K replied at 11-5-2021 08:00 AM
Bali sekarang cari jalan usir expat miskin. Semak katanya

somehow aku agree...  sebab terlalu banyak expat miskin yang siap menyusahkan orang tempatan lagi kat situ...  teringat ada satu kapel dari mana ntah, siap ajar orang lain camne nak stay bali forever n ever...
Quote eyansss 11-5-2021 10:06 AM
Orix replied at 11-5-2021 10:02 AM
tak paham. tgah2 beryoga tetiba orgasm ke cmne ?

ada yoga yang ajar teknik pernafasan which will improve blood circulation la, etc yang mana akan improve kebolehorgasmaan orang tu...  hahaha...  belasah je la aku guna kebolehorgasmaan tu...
Quote KIM.K 11-5-2021 10:30 AM
eyansss replied at 11-5-2021 10:05 AM
somehow aku agree...  sebab terlalu banyak expat miskin yang siap menyusahkan orang tempatan lagi  ...

Ada influencer russia pun kena halau..sebab buat prank pakai mask ke supermarket tapi dia cat je muka serupa pakai mask
Quote Noraniza_Iblis 11-5-2021 10:34 AM
ni laaa last tmpt aku pergi sblum PKP..
12 mac sampai 16 mac...
balik2 pastu pkp...fuhh...kalau tak jd gembel aku kt sne..
Quote eyansss 11-5-2021 10:35 AM
KIM.K replied at 11-5-2021 10:30 AM
Ada influencer russia pun kena halau..sebab buat prank pakai mask ke supermarket tapi dia cat je m ...

bangang kan stok2 expat miskin ni...  dia bajet orang akan tunduk la dengan dia sebab kononnya = aku ni bule kok...  kat malaysia ni aku tengok pun dah start dah ada expat2 miskin merempat siap jadi gelandangan...
Quote KIM.K 11-5-2021 10:56 AM
eyansss replied at 11-5-2021 10:35 AM
bangang kan stok2 expat miskin ni...  dia bajet orang akan tunduk la dengan dia sebab kononnya = a ...

indon kan suka bini bule. raja bali sekarang pun bini ozie yg datang bercuti taon 70an. native bali tak suka mix marriage lagi2 jaga lineage.
expat miskin kat mesia 10thn lepas pak2 arab lari warzone..syria, iraq. diorg ni shrouded in mysteries n post trauma
Quote Dwdrum 11-5-2021 11:05 AM
Orix replied at 10-5-2021 06:02 PM
tak paham. tgah2 beryoga tetiba orgasm ke cmne ?

Powerful orgasm... Bukan sex 15 mins and done... Ussually takes few hours before orgasm.. Google tantric sex 1 kinda sexual yoga ...memang ada penganut hindu dan buddha yang practise daru group tantra circles...
Nampak nya hindu bali no idea or reject this type of yoga... Even ada small statue seperti buddha... Tantric sex position...
Quote stingervolvo 11-5-2021 11:07 AM
Bukankah BAHAGIA  is ORGASM kalau menurut fatwa seorang forummer kita? Mengapa org bali menolak kebahagian? Pelik kheunz?

@greentea..
Quote NataliaLuiz 11-5-2021 06:10 PM
Maybe sbb nama yoga tu yg buat dorg trigger, salah faham.
Quote dani-rox 11-5-2021 07:03 PM
yg ai tahu retis mengamalkan seks tantric yoga nih, Sting kump. Police tuh.

Dulu bangga betol Sting bg tahu dlm mana2 interview, katanya dia dan wife mampu bersenggama berjam2 lamanya.
Sampai org buat lawak: asal sebut tantric sex, mesti ingat kat Sting

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.197372 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top