Tular sebuah video di Twitter apabila seorang pengguna berkongsikan saat-saat yang perlu dihadapi anggota barisan hadapan ketika ribut. Video itu memaparkan situasi hujan lebat sehingga penghalang di sekatan jalan raya terbang ditiup angin.
Malah, khemah yang digunakan sebagai teduhan frontliners juga dilihat bagai ‘nyawa-nyawa ikan’, jika tidak kukuh pasti turut melayang. Video tersebut dikongsikan bagi memperingati dan menghargai jasa frontliners terutama anggota polis yang berpanas dan berhujan demi menjaga negara ketika bertugas di sekatan jalan raya. Namun, ada juga segelintir masyarakat yang berfikir ia adalah peluang untuk ‘mengelat’ dari ditahan di sekatan jalan raya. “Inilah peluang nak balik kampung. Kalau nak balik kampung beraya tunggulah hujan…”. Bukan seorang dua, tetapi ramai juga berfikir untuk menggunakan taktik ini. Lebih-lebih lagi apabila Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan cuaca mendung di seluruh negara dengan kemungkinan hujan di beberapa negeri pada Hari Raya Aidilfitri. Komen-komen tersebut mengundang kemarahan warga maya lain. Tatkala, orang lain terpaksa menahan rindu untuk bertemu keluarga, masih ada yang mementingkan diri dan tidak berfikir tentang kesan akibat tindakan mereka kepada orang lain. Sumber: KoolFM
|
mzzenma replied at 11-5-2021 08:51 AM
alaa anggapan je lah org tu bergurau..medang sentap.
Lagipun yg duk acah2 concern ni yg selalu ov ...
mzzenma replied at 11-5-2021 08:51 AM
alaa anggapan je lah org tu bergurau..medang sentap.
Lagipun yg duk acah2 concern ni yg selalu ov ...
makneng replied at 11-5-2021 09:47 AM
Dia jumpa jalan tikus masuk melaka??? Mak yg tau jalan tu dari sebelum kobid pun tak amik kesempat ...
ADVERTISEMENT