CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Marah Tak Dapat Duit, Bakar Rumah Jiran

11-5-2021 10:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1949| Komen: 8

Jakarta: Gara-gara gagal mencuri wang, seorang remaja lelaki nekad membakar rumah jirannya di daerah Jambangan, Candi, Sidoarjo, Jawa Timur, Indonesia.

Tribunnews melaporkan remaja berusia 15 tahun itu dikatakan melakukan perbuatan berkenaan.

Seorang penduduk memberitahu suspek menceroboh rumah mangsa, yang juga jirannya, Andrian Asrianto atau Aan jam 6 petang.

Katanya, suspek memanjat pagar dan menceroboh masuk melalui tingkap rumah yang dipecahkan terlebih dulu.


"Kebetulan, Aan tiada di rumah ketika itu dan suspek menceroboh sehingga ke bilik tidurnya.

"Suspek cuba menggeledah bilik tidur itu sebelum membakar kasut Aan kerana gagal mencuri wang.


"Tidak lama selepas itu, api jadi marak dan akhirnya membakar keseluruhan rumah Aan," katanya yang mendapat maklumat daripada adik jirannya.

Suspek cuba melarikan diri dengan memanjat pagar tetapi sempat ditangkap oleh penduduk.

Pada awalnya, bapa suspek mempertahankan anaknya dan menyatakan kebakaran mungkin berlaku kerana mangsa terlupa menutup suis gas memasak.

Namun, lelaki itu memohon maaf apabila suspek mengakui perbuatannya sejam selepas ditangkap.

Bukan setakat itu, bapa suspek turut menyatakan kesudiannya untuk membayar ganti rugi kepada mangsa selain memohon kes diselesaikan secara baik.

Bagaimanapun, suspek tetap ditahan di balai polis Sidoarjo, Jawa Timur kerana mempunyai rekod jenayah lampau.

Antara jenayah pernah dilakukannya sebelum ini adalah dua kali terbabit dalam kes kecurian di rumah sama hingga mangsa kehilangan wang sebanyak 1 juta rupiah (kira-kira RM289).

Selain itu, suspek juga dikatakan pernah mencuri wang daripada tabung derma diletakkan di premis dan membakar rumah jiran yang lain. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 11-5-2021 11:20 AM
Mulianya hati bapak saspek {:cryrun
Quote sarah82 11-5-2021 11:22 AM
Gilaaaaaa..
Quote AyaqMeloSuam 11-5-2021 11:34 AM
Kesian bapak.. ank prangai hanat.. ni masuk kali ke 3 buat hal..{:freak
Quote syaz_lina 11-5-2021 11:50 AM
Ikat dgn batu, campak ke laut, ada jgk faedah jd mknn ikan
Quote Skuau 11-5-2021 12:24 PM
selepas dilepaskan... ..jangan pulok ko 'bawa diri' ke Malaya.....
Quote NataliaLuiz 11-5-2021 05:55 PM
Nasib baik dah kena tahan. Yelah, sampai bakar tu..
Quote ReginaGeorge 11-5-2021 10:51 PM
Apak yang bertanggungjawab tp rasanya lebih bertanggungjawab kalau bawak anak tu cek kesihatan mental. Selain selidik aktiviti gelap, jika ada.
Quote ipes2 12-5-2021 02:50 AM
arson is a separate type of mental illness.
he needs treatment.
no jail sentence no matter how long will correct this wrong.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 11:27 PM GMT+8 , Processed in 0.246293 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top