Pengacara dan penyampai radio, Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar, 47, selesa mengambil pendekatan tidak mahu menghakimi orang lain dengan mudah terutama 'Instafamous' dan selebriti di atas segala tindakan dibuat mereka di media sosial.
Sharifah Shahirah atau mesra disapa Shiera berkata dalam pengaruh media sosial sekarang, dia berasakan tindakan dibuat segelintir 'Instafamous' dan selebriti yang begitu gemar berkongsi apa saja kepada umum di akaun mereka disebabkan 'content'. "Saya sekarang, tidak mahu cepat menghakimi atas perbuatan dan tindakan orang lain. Jadi, buatlah apa kamu rasa nak buat. Nak jadi apa, silakan. "Apapun, kamu buatlah yang terbaik untuk Allah. Saya sekarang dah belajar tidak menghakimi orang. Tapi, kalau betul dia salah pun, saya takkan 'judge'. Itu adalah 'content dia, hak dia," katanya.
Shiera berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media sama ada wajar atau sebaliknya tindakan segelintir 'Instafamous' dan selebriti yang suka berkongsi apa saja foto atau video aktiviti mereka di media sosial. Menurut Shiera, kewujudan pengaruh media sosial ini boleh dianggap baharu. Katanya, jika di imbas semula pada era 1970-an hingga 1990-an, golongan selebriti belum terdedah dengan akses kemudahan moden sebegini (media sosial).
|
Boomibulat replied at 11-5-2021 11:39 AM
Lebih afdal tegur ahli keluarga dan adik beradik dulu..
ReginaGeorge replied at 11-5-2021 10:48 PM
Cakap direct je la tanak orang hakimi saripah yang sorang tue {:yameteh
bluebutter replied at 11-5-2021 04:45 AM
Senantiasa busy sampai tk sempat nk sikat rambut anak. Rambut anak dia nmpk tak bermaya. Ank org lai ...
damian_lee replied at 14-5-2021 05:18 PM
Rasa2 terselat diskala berapa?
Ehh tiberrr mcm iklan syampoo
ADVERTISEMENT