Helah seorang wanita yang membuat permohonan rentas negeri dengan memberi alasan ibunya sedang kritikal di hospital gagal selepas dikesan menggunakan dokumen hospital palsu.
Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, wanita berusia 30 tahun itu datang ke Balai Polis Pantai pada 3.40 petang semalam untuk membuat permohonan rentas negeri ke Terengganu dengan memberi alasan ibunya sedang sakit. Bagaimanapun, menurutnya, semakan dokumen yang diserahkan wanita itu didapati palsu selepas anggota polis membuat pengesahan dengan pihak hospital. "Hasil siasatan polis mendapati suspek mengaku memalsukan dokumen Jabatan Kecemasan & Trauma sebuah hospital di Kuala Terengganu dengan mencipta sendiri dokumen itu di rumah kakaknya di Petaling Jaya pada 9 Mei lalu.
"Suspek memuat naik borang Permit Pergerakan Rentas Negeri daripada Internet dan menggunakan cop rasmi pegawai perubatan hospital tanpa pengetahuan dan keizinan," katanya. Anuar berkata, suspek mengaku membuat dokumen palsu berkenaan selepas permohonan rentas negeri yang dibuat di Balai Polis Seapark, Petaling Jaya pada 9 April lalu ditolak. "Susulan itu, polis merampas salinan permohonan Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan salinan dokumen hospital terbabit. "Kes akan disiasat mengikut Seksyen 22(d) Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) Pindaan 2021 dan suspek ditahan untuk dituduh di mahkamah hari ini," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
noor2 replied at 11-5-2021 12:43 PM
Laa sanggup guna mak...
prettyuglybabe replied at 11-5-2021 12:46 PM
gigih betul..
orang cukup takut guna alasan sakit, kereta rosak, accident etc..
takut kena betul : ...
Cyempaka replied at 11-5-2021 12:48 PM
Gigihnya kau kak..
Nk blk raya punya pasal smp palsukan doc gomen segala. kang xpasal2 naik turun ...
pearl.silver replied at 11-5-2021 12:43 PM
Mak tu hidup lg tak?
Sampai hati naa kata mak tgh kritikal
airmineral replied at 11-5-2021 12:55 PM
kalau nk tipu pun jgn la buat alasan pasal sakit dan nyawa
xtakut ke kalau betul2 jadi nanti{:frea ...
ADVERTISEMENT