Keputusan kerajaan menamatkan operasi bazar Aidilfitri seluruh negara selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sejak Isnin lalu sedikit sebanyak menjejaskan punca pendapatan peniaga.
Simpati dengan nasib yang menimpa peniaga itu, usahawan kosmetik Datuk Seri Vida turun padang membeli barangan jualan mereka sebagai tanda sokongan. "Harini saya nak ronda bazar Aidilfitri sebelum PKP bermula... saya turun untuk sokong peniaga bazar raya yang terpaksa ditutup sebab PKP 3.0. Kasihan mereka! "Kasihan para peniaga kecil terjejas, musim-musim raya inilah yang mereka harapkan untuk dapat untung serba sikit. Apakan daya arahan perlu ikut," katanya menerusi Instagram. Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik rakaman video membeli beberapa barangan jualan di sebuah bazar Aidilfitri di Ipoh, Perak pada Selasa.
Vida dilihat memborong barangan dan kelengkapan raya antaranya kuih dan biskut raya, baju raya dan karpet.
|
genUmi: bagus dia niat nak membantutapi kalau x menunjuk lagi bagus
dudaberhias replied at 13-5-2021 06:44 AM
jangan lupa sheolss pernah tipu barang kemasss yachhh... dan lain2 penipuan pun ada...
takat beli s ...
blackpaper replied at 13-5-2021 07:26 AM
tu la...kesan nya...sampai now i is kalau tengok dia tayang2 emas yg besar2 gabak tu ...kepala ni ...
sambaldurian replied at 13-5-2021 07:30 AM
mcm ni la ok, borong2 dgn peniaga kecil. barang tu ak rs dia sedekah balik la tu. dari beli tiara be ...
ADVERTISEMENT