|
Tidak mahu dirinya dilabel stereotype asyik melakonkan watak orang kaya dan cantik ayu, Ruhainies berharap penampilannya sebagai Ellani menerusi drama Cukup Derita Itu memberi impak positif.
Pemilik nama Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas itu mengakui mengimpikan karakter berbeza dan mencabar kemampuannya sebagai pelakon. "Sebelum ini, saya selalu dapat watak anak orang kaya dan bergaya cantik. Jadi, apabila dapat watak seperti Ellani seorang gadis kampung, tiada duit dan hidup susah, ia satu cabaran buat saya. "Malah, saya tidak perlu bersolek tebal. Selalu watak saya bersifat lembut, tetapi kali ini saya berperwatakan kasar, tetapi bukanlah tomboy. "Watak ini bukan juga seperti kisah dongeng, Cinderella yang berlembut dan hanya mengikut. Watak Ellani jenis melawan. Walaupun tidak angkat tangan atau melawan balik, tetapi Ellani meninggi suara atau menengking," katanya kepada Berita Harian.
Ujarnya, produksi dan pengarah sebelum ini mungkin tidak berani mencabarnya kerana berfikir dia tidak boleh membawa watak berat atau tanpa mekap. "Tetapi, saya sebenarnya boleh menyahut cabaran. Saya boleh jadi secantik dan seburuk buruk manusia," katanya.
|
riena3321 replied at 12-5-2021 10:31 AM
Dah Along kamarudin yg pengarah. harus la pelakon tak kayu
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
20-2-2026 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.237780 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.