CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penuntut IPT Ditikam Berkali-kali, Ditolak Dari Tingkat 26

12-5-2021 08:03 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13446| Komen: 97

Seorang pelajar sebuah institusi pendidikan tinggi (IPT) maut ditikam berkali-kali sebelum mayatnya dicampak melalui balkoni di sebuah kondominium di Damansara Perdana, pada Khamis lalu.

Mangsa warga tempatan yang berusia 24 tahun itu disyaki ditolak dari tingkat 26 dan mayatnya dijumpai dalam keadaan terbaring di tingkat dua bangunan bersebelahan yang dalam proses pembinaan.



Mohamad Fakhrudin menunjukkan senjata tajam yang digunakan suspek untuk menikam mangsa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, polis menerima panggilan berkenaan kejadian itu daripada seorang lelaki warga tempatan sekitar pukul 1.17 tengah hari, pada hari yang sama.

“Hasil siasatan mendapati mayat mangsa dijumpai di tingkat dua kawasan pembinaan yang belum siap bersebelahan dengan bangunan kediaman tersebut dalam keadaan cedera di badan disyaki dibunuh.


“Bertindak atas maklumat dan hasil risikan, sepasukan polis dari Unit Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya telah memberkas seorang lelaki warga tempatan berumur 24 tahun di kawasan tempat letak kenderaan, Bandar Sunway, Subang Jaya sekitar pukul 4.25 petang,” ujarnya ketika sidang akhbar di IPD di sini, hari ini (semalam).

Menurutnya, pemeriksaan terhadap suspek mendapati dia mengalami kecederaan di kedua-dua belah tangan dan mendapat kira-kira 100 jahitan dipercayai akibat bergelut dengan mangsa.

“Polis turut merampas beberapa barangan daripada suspek, antaranya telefon bimbit, serangkai kunci rumah dan kereta, sijil cuti sakit dan kad temu janji dari pusat perubatan swasta atas namanya.

“Hasil siasatan lanjut telah membawa kepada penemuan pakaian milik suspek yang berlumuran darah di kediamannya, di Taman Sri Kuching, Kuala Lumpur,” ujarnya.

Tambah beliau, hasil bedah siasat mendapati terdapat beberapa kesan tikaman pada badan mangsa sehingga menyebabkan berlaku pendarahan yang banyak.

“Motif pembunuhan dipercayai akibat tidak berpuashati berkenaan hasil jualan dadah dan juga masalah hutang antara suspek dan mangsa.

“Ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis ganja dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” ujarnya. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
3

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 12-5-2021 08:08 AM
Ya Allah sedihnya berlaku di malaysia dan yg terbunuh ni orang tempatan....
Quote noor2 12-5-2021 08:10 AM
Oh...terlibat dadah...okla tarik balik sedih...elokla mati dua2 lepas ni..buat kerja haram rupanya..perosak bangsa dan negara..
Quote batmana 12-5-2021 08:12 AM
dua2 pengedar dadah la yea..
Quote BoongaKertas 12-5-2021 08:16 AM
ok baru nak simpati. Allahu, begitu sekali pengakhirannya di dunia fana ni. moga Allah ampunkan dosa arwah mendadih tu.
Quote zehra2 12-5-2021 08:28 AM
pusher ke? dua2 lelaki ek?
Quote Normabaru 12-5-2021 08:33 AM
DP mmg byk negro and blh jadi keldai dadah situ port panas.. Elokla mereput.. Makpak hantar bljr.. Ko jual dadah.. Bikin malu company ja
Quote pu3_rania 12-5-2021 08:34 AM
Aduhai aku baca title ingatkan kejadian berlaku di luar negara tapi rupa-rupanya di Malaysia
Quote tripleid 12-5-2021 08:45 AM
good riddance..idop pun x guna
Quote depresio 12-5-2021 08:48 AM
Apa nak jadi malaysia ni
Baby 9 bulan kena rogol
Student gaduh tikam2
Semua kes melibatkan dadah
Quote cik_kuntum36 12-5-2021 10:05 AM
rosak masa depan terjebak ngn dadah ni... muda2 lg... belajat di IPT harapan mak ayah... sekali jd mcm ni...
Quote Chairman 12-5-2021 10:08 AM
Edited by Chairman at 12-5-2021 10:09 AM

Quote monreyes 12-5-2021 10:22 AM
Edited by monreyes at 12-5-2021 10:24 AM

melayu ke ni....
nak hidup senang cara mudah la ni
at first ingatkan negro...

Quote NataliaLuiz 12-5-2021 11:29 AM
Angkara dadah... Mana tahu boleh tangkap kartel dadah sekali ni.
Quote darkness 12-5-2021 11:38 AM
Astghafirullah..dadah perosak bangsa
Quote nazzse 12-5-2021 11:39 AM
Kalaulah polis tu nik izani lagi menarik untuk dibaca & difollow kes ni.

To mangsa sorry no sorry. Tengok barang bukti macam bangsa M je dua ekor ni
Quote liton 12-5-2021 12:05 PM
Kalau pusher eloklah dua-dua ni mati. Sekor mati kena bunuh, sekor lagi mati kena gantung. Kalau hidup pun menjahanamkan masa depan org lain.
Quote Boomibulat 12-5-2021 12:24 PM
Dadah membawa padah..
Quote mawarika 12-5-2021 12:32 PM
Melayu ke.. lelaki ek? Aku benci betul dgn pushers ni taik dadah mcm adik ipar aku betina.. tak layak pgl pompuan. Negro mana ntah dia kawan.. jual dadah dah setahun. Husband pun bodoh.. last2 menyusahkan aku laki bini bila kena tangkap polis.
Quote mbhcsf 12-5-2021 12:36 PM
ya ALLAH...ngilu baca perincian mayat tu. Nak kata ape kan , kes narcotics ni macam ni. Semoga dimudahan urusan.

Lihat semua komen(97)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.075682 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top