Selepas kerajaan mengumumkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Malaysia pada Isnin, ramai rakyat meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Malah usahawan kosmetik terkenal iaitu Datuk Seri Aliff Syukri turut berdukacita dengan perkhabaran tersebut memandangkan dia sudah membuat persiapan juadah raya untuk tetamu. Kata ahli perniagaan berusia 34 tahun ini, dia sudah menempah seekor lembu dan lima ekor kambing untuk menjamu pekerjanya terutama bujang yang tidak dapat pulang beraya di kampung. "Saya sedih sangat waktu Hari Raya Aidilfitri pula nak PKP? Kami dah patuh SOP tak kemana-mana pun selama PKP ni selain urusan kerja. Saya dah beli banyak lauk-pauk nak jamu tetamu yang nak bertandang ke rumah saya.
"Terutama pekerja-pekerja saya yang duduk bujang tak dapat balik kampung. Lembu seekor, kambing lima ekor... tiba-tiba dapat pengumuman tak dibenarkan langsung ada ziarah raya. Sedih tau," kata Aliff.
|
slyfynx replied at 12-5-2021 05:12 PM
Still batak nk upload steering kete ngn beg bodoh die tu.
Masih lg nk berlagak dengan kekayaan duni ...
Tinot7: Dia dgn tok bida tu, sampai ke hari ni iols pelik.. mana la mai kekayaan depa ni...
Tinot7 replied at 12-5-2021 05:26 PM
Dia dgn tok bida tu, sampai ke hari ni iols pelik.. mana la mai kekayaan depa ni...
ADVERTISEMENT