Guru pendidikan jasmani Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam yang didakwa bergurau menggalakkan perbuatan rogol ditukar ke Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS). Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan (KPM), guru itu dipindahkan sehingga siasatan berhubung dakwaan beliau mengeluarkan kata-kata tidak wajar semasa melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) selesai untuk tindakan lanjut.
Katanya, kementerian itu mengambil maklum akan laporan polis yang dibuat pelajar terbabit mengenai kejadian yang berlaku di sekolah berkenaan pada 24 April lalu. “Berikutan insiden itu masih dalam siasatan polis, KPM tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sepanjang tempoh siasatan. “Ketika ini, KPM menempatkan guru terbabit di JPNS sehingga siasatan selesai dan tindakan seterusnya bergantung kepada hasil siasatan,” katanya.
Berikutan itu, KPM sedang meneliti perkara yang tular mengenai komen yang didakwa dibuat Pengetua SMK Puncak Alam terhadap murid berkenaan menerusi laman Facebook. “KPM juga mengesahkan bahawa satu laporan polis dibuat Pengetua terbabit di Balai Polis Kuala Selangor. “Beliau (Pengetua sekolah) menafikan memuat naik komen berkenaan dan mengesyaki akaun Facebook miliknya digodam,” katanya. Sementara itu, KPM yang menjelaskan mengenai Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke Sekolah memberitahu, sekolah berkenaan mengeluarkan enam surat kepada pelajar tersebut pada 16 hingga 30 April lalu. “Amaran pertama diterima murid berkenaan, Pemantauan kehadiran murid ke sekolah dilaksanakan melalui Sisten Sahsiah Diri Murid (SSDM). “Sekiranya murid tidak hadir ke sekolah selama tiga hari berturut-turut atau 10 hari tidak berturut-turut tanpa mengemukakan sebab secara bewrtulis kepada pihak sekolah, guru, melalui sistem ini, akan menjana Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke Sekolah sebagai amaran pertama yang kemudian diposkan kepada ibu bapa atau penjaga murid tersebut. “Secara umumnya, surat pemberitahuan ini dikeluarkan bagi memastikan ibu bapa, penjaga dan juga pihak sekolah mengetahui dan cakna akan kehadiran serta keberadaan murid semasa sesi persekolahan,” ujarnya. Selain itu, menurut kenyataan tersebut, tindakan berkenaan juga akan membolehkan KPM memantau kemungkinan berlaku keciciran dalam kalangan murid dan mengambil tindakan intervensi sewajarnya. Sumber: MalaysiaGazette
|
star_karat replied at 13-5-2021 08:49 AM
Potential rapist lagi mahu bawak duduk kat kementerian punya office. Patut suruh duduk tunggu kat ru ...
slyfynx replied at 13-5-2021 08:57 AM
Bukan masuk jabatan rasenye.
Ditempatkan sementara di situ, and do nothing.
Mcm kuarantin le.
exclusive_vvip replied at 13-5-2021 10:33 AM
haah..member iols penah citer psl ni..apa istilah tah..ada bilik khas, dtg keje tapi takleh buat a ...
exclusive_vvip replied at 13-5-2021 10:33 AM
haah..member iols penah citer psl ni..apa istilah tah..ada bilik khas, dtg keje tapi takleh buat a ...
slyfynx replied at 13-5-2021 08:57 AM
Bukan masuk jabatan rasenye.
Ditempatkan sementara di situ, and do nothing.
Mcm kuarantin le.
shernazz replied at 13-5-2021 10:38 AM
Elok juga
Pastu staff kat situ pandang sinis
Baruntau langit tinggi rendah
krustykrab replied at 13-5-2021 09:23 AM
Itu la untungnya koje gomen..ko buat la salah apa pun, paling teruk pun ditrf sana sini je...syurga ...
damsel_fiji replied at 13-5-2021 11:17 AM
tp dpt gaji kan..heaven ya sistur ..keje takde..gaji jalan
star_karat replied at 13-5-2021 08:49 AM
Potential rapist lagi mahu bawak duduk kat kementerian punya office. Patut suruh duduk tunggu kat ru ...
ADVERTISEMENT