Pemuda Iran didakwa oleh ahli keluarga sendiri selepas mengetahui dirinya gay. Alireza, 20, didakwa dibunuh abang dan dua sepupu lelakinya setelah mereka mengetahui mengenai seksualitinya, lapor Metro.co.uk.
Tragisnya, pemuda itu merancang untuk meninggalkan Iran dan tinggal bersama pasangannya, Aghil Abyat di Turki, tetapi dia dibunuh beberapa hari sebelum terbang ke sana. Difahamkan, Alireza telah memohon untuk dikecualikan daripada perkhidmatan wajib tentera dengan mendedahkan seksualitinya. Malangnya, dia tiada ketika kad permohonan pengecualian perkhidmatan tentera itu dihantar ke rumahnya sebelum abangnya mendapat tahu mengenai perkara berkenaan. Lewat petang Selasa, abang Alireza memberitahu mereka perlu pulang ke kampung di Borumi untuk menemui ayah mereka. Alireza, tanpa menyedari bahawa abangnya telah mengetahui seksualitinya, masuk ke dalam kereta. Bagaimanapun, setelah tiba lelaki itu memenggal kepala adiknya dengan bantuan dua sepupu lelaki mereka. Sumber: mStar
|
missyL replied at 13-5-2021 07:01 PM
Iran klo gay dpt kecuali x pg tentera ke..
Pelik jgk..
Nape gay xpyh plk
gideoncross replied at 13-5-2021 10:08 PM
Muka arwah mmg hadek2 sngt, votem tegar kot.
ADVERTISEMENT