CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Anak Jiran Baling Mercun, Habis Melecur Budak 2 Tahun! Mak Pak Buat Tak Tahu Je

14-5-2021 10:35 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 12155| Komen: 107|Original author: Oleh: Cari-Azza




Perayaan dan mercun seakan-akan tidak dapat dipisahkan. Menjelang musim perayaan sahaja, pasti berdentam-dentum bunyi mercun dan percikan bunga api. Bagaimanapun, jika tidak berhati-hati pasti akan ada yang menjadi mangsa.

Malang menimpa seorang kanak-kanak berusia dua tahun apabila badannya melecur akibat terkena mercun yang dibaling anak jiran. Kejadian yang berlaku di hadapan rumah mereka itu disaksikan kanak-kanak lain dan juga ibu mangsa.

Namun, apa yang dikesalkan adalah ibu bapa pelaku seolah-olah tidak mahu bertanggung jawab di atas insiden tersebut dengan alasan tiada bukti.


Foto :Twitter

Menurut pengadu yang juga bapa saudara mangsa, jiran mereka menegaskan bahawa anak-anaknya hanya bermain di dalam kawasan rumah sahaja, jadi ianya bukan salah mereka.

Sedangkan ibu bapa mangsa sudah memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di laman rumah yang jelas menunjukkan anak jiran itu telah membaling mercun ke arah mangsa.

"Anak kau baling arah orang dah kenapa. Tak tahu la mercun ni dah legal or sebab kau polis. Tapi, minta tolong la pantau anak tu!"


Foto : Twitter

Ianya membuatkan netizen menggesa pengadu supaya membuat laporan polis kerana kecederaan dialami mangsa menyebabkan trauma fizikal dan mental.


Foto : Twitter

Setakat ini, tiada kemas kini mengenai perkembangan mangsa. Dalam kes sebegini, anda rasa siapa yang bersalah? - CARI

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Knowlee 14-5-2021 10:38 AM
Baru semlm alarm kat blok sebelah berbunyi sbb ada budak2 main mercun kat lobi. Habis panik semua org.

Harap parents mangsa ajar parents budak2 bodoh ni.
Quote noor2 14-5-2021 10:41 AM
Soalan tt siapa yg bersalah..

Yg bersalah ialah manusia2 jakun x cerdik duk beli mercun bg anak main...selama aku beranak sampai anak besar ni x pernah sekali aku beli mercun atau bunga api... anak2 aku pun x teruja sebab dari awal dari dema kecik dah ajar bahaya bunga api dan mercun..

Baru tengok YouTube anak bakar kereta bapak mercun masuk kereta masa nk raya ni kalau x silap kejadian...meletop2 kereta tu terbako
Quote highcastle 14-5-2021 10:42 AM
Org cina berdentum dentam main mercun@bunga api.. Tak pernah lagi dengar ada kes melecur & hilang jari & tangan.............
Quote chandrahusin 14-5-2021 10:52 AM
Dah mcm CNY raya tahun ni
Memekak smpai pagi
Dh mcm bom meletup sana sini
Quote KIM.K 14-5-2021 10:59 AM
Budak2 memang kurang ajar sikit. Main mercun tembak atas rumah aku..kelonsong jatuh atas atap berapa kali sampai mak aku buka pintu. Aku warning report polis je terus senyap
Quote amyza82 14-5-2021 11:00 AM
noor2 replied at 14-5-2021 10:41 AM
Soalan tt siapa yg bersalah..

Yg bersalah ialah manusia2 jakun x cerdik duk beli mercun bg anak m ...

Betul noor, mak bapak yg lorat belikan ank bunga api mercun bagai.
Mmg budak2 klu kita x biasakn, mmg diorg x heran pun.
Smlm mmg giler2 diorg bakar, dlm ati ni, melayu dah bongok nk ikut cina, bakar duit.
Byk sgt duit lebih agaknye.
Quote kelapaparut 14-5-2021 11:00 AM
highcastle replied at 14-5-2021 10:42 AM
Org cina berdentum dentam main mercun@bunga api.. Tak pernah lagi dengar ada kes melecur & hilang ja ...

kann..kalu melayu sampai hilang jari, rumah terbakar kereta terbakar anak org terbakar
Quote renko 14-5-2021 11:03 AM
Kata hidup tertekan..pendapatan kurang terjejas sume harapkan bantuan la kwsp apa bagau. Bakar duit ada pulak masing2 duit
Quote syaz_lina 14-5-2021 11:05 AM
Report polis n saman je mak bapak rempit camni..ntah2 dia yg ajar anak2 baling mercun.
Quote noor2 14-5-2021 11:06 AM
amyza82 replied at 14-5-2021 11:00 AM
Betul noor, mak bapak yg lorat belikan ank bunga api mercun bagai.
Mmg budak2 klu kita x biasakn, ...

Akak dari kecik mak abah dah ajor bahaya mercun ingat lagi masa kecik mak citer ada kes budak perempuan mati terbakor sebab baju terkena percikan bunga api besi tu...zaman akak kecik dulu bunga api besi...mak mmg marah betul anak2 dia main mercun dan bunga api...

Kitaorang cuma main bila sepupu balik kg depa beli bunga api bagi kitaorang..tu pun masa main bapak pantau...mercun mmg x ada la..x berani nk main... tengok orang main...mercun yg terbang menegak cucuk tanah tu...ishhh ngeri bunyi bingit...bahaya mercun tu silap2 terbang masuk rumah....mengarut betul main mercun dan bunga api.
.ikut budaya yahudi ke apa...
Quote MontanaHannah 14-5-2021 11:12 AM
Kalau mak bapa budak baling mercun tu tidak mahu bertanggungjawab maka takdir dan KARMA akan mengajar makbapa serta budak yg baling mercun tu dengan cara hard way .

Hakikat.

Apa saja perbuatan memang ada kesan.

Xde siapa terlepas dari hukuman.


Tuhan xpernah  tidur .
Quote Skuau 14-5-2021 11:28 AM
buat repot polis dan saman....tu jer cara 'ajar' mak bapa budak yg baling mercun tu...
Quote mily 14-5-2021 11:34 AM
Sama gak...xajar anak main mercun. Dan xbelikan pun mercun. Dulu ada gak beli bunga api. Dah 2 thn xmain.bunga api dah...hahaha
Quote wirazam 14-5-2021 11:35 AM
highcastle replied at 14-5-2021 10:42 AM
Org cina berdentum dentam main mercun@bunga api.. Tak pernah lagi dengar ada kes melecur & hilang ja ...

Setuju sgt...
Quote noor2 14-5-2021 11:36 AM
Boleh tengok tak .. YouTube ni..

[youtube]dDt1afnBHxk[/youtube]
Quote famri7 14-5-2021 11:38 AM
Ummah suka sngt bunyi letup22 ..panggil goyyim of the eaast marah sentapzzzz
Quote Cece1234 14-5-2021 11:45 AM
Saman jela..
Quote ajinomotonosuga 14-5-2021 11:45 AM
renko replied at 14-5-2021 11:03 AM
Kata hidup tertekan..pendapatan kurang terjejas sume harapkan bantuan la kwsp apa bagau. Bakar duit  ...

Duit bantuan prihatin nesonal ada
Quote Artemesiaa 14-5-2021 11:58 AM
Saman je cctv pun ada bukti supaya jadi pengajaran buat yang lain.  Zaman sekarang jarang mak pak nak salahkan anak mereka kalau anak mereka buat salah.  Main buat senyap je macam tak ada apa2 jadi nak mintak maaf pun jauh sekali.

Lihat semua komen(107)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.287467 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top