|
Jakarta: Pelakon Indonesia, Nia Ramadhani kembali menjadi perhatian warganet apabila mengakui tidak kenal makanan tradisi Indonesia, iaitu tempe.
Sebelum ini, pelakon siri popular, Bawang Putih Bawang Merah itu mengatakan tidak tahu mengupas buah salak. Tindakan isteri kepada Ardi Bakrie itu tular menerusi rakaman video dimuat naik yang memaparkan Nia membeli makanan ringan di pinggir jalan. Dia menunjuk ke arah makanan yang menarik perhatiannya. Makanan yang ditunjuk Nia itu adalah tempe goreng.
Secara spontan penjual makanan itu bertanya berapa jumlah tempe yang ingin dibeli. Nia bagaimanapun tidak menjawab soalan tetapi kelihatan bingung apabila nama makanan itu disebut tempe.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
20-2-2026 10:47 AM GMT+8 , Processed in 0.150044 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.