Memasuki usia 52 tahun, pelawak Saiful Apek berkata dia kini mula menitikberatkan mengenai penjagaan kesihatan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.
Menurut Saiful atau nama sebenar Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, dia mula menyedari kepentingan menjaga tubuh badan selepas melihat beberapa rakan berdepan masalah sakit kronik. "Alhamdulillah sebabkan cemburu tengok orang lain berisi, jadi sekarang ini dah tiba masa untuk saya pula berisi sikit. Mungkin sebab saya mula kawal makan dan amalkan pemakanan sihat. "Kalau ikutkan saya dengan adik-beradik lain semuanya kurus dan slim sahaja sebab kami ikut mak... dulu berat badan saya 50 kilogram sahaja tapi sekarang dah 65 kilogram, harap berisi ni kesihatan pun baik la.
"Tak kisahlah berat berapa pun asalkan tiada penyakit kronik... risau apabila tengok kawan-kawan saya, ada yang masih muda lagi tapi macam-macam penyakit. Itu membuatkan saya risau," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Apek tidak menolak berhenti merokok menjadi antara faktor membuatkan tubuhnya lebih sihat dan berisi.
|
songhara1226 replied at 17-5-2021 02:54 PM
Lahh baru 52 ke? Iolls ingat baya2 Tun M dh saiful apek ni
supernaturalee replied at 18-5-2021 07:27 AM
For me apek berjaya menjenamakan senario at different level ms reign dorg late 90s till early 2000s ...
mamasaffiya replied at 18-5-2021 03:06 PM
Tajuk dia Al Kisah kan kalau x silap.
Heroin zarina zainuddin.
supernaturalee replied at 18-5-2021 05:58 PM
Owh alkisah ye3
Gitu2 apek I x berkenan
ADVERTISEMENT