Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita dan sedih atas pencerobohan serta keganasan tentera Israel terhadap Masjid al-Aqsa dan Semenanjung Gaza.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata, Al-Sultan Abdullah menyifatkan pencerobohan dan serangan berterusan terhadap tempat suci umat Islam yang ketiga itu dan rakyat Palestin pada hari-hari terakhir bulan Ramadan sebagai perbuatan keji, zalim dan tidak berperikemanusiaan. Lanjutan kepada perutusan khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Palestin, Seri Paduka menzahirkan sokongan supaya negara ini menerajui bersama-sama Indonesia dan Brunei untuk mengeluarkan kenyataan bersama bagi mengutuk serangan zalim rejim zionis Israel ke atas Palestin.
“Seri Paduka turut menegaskan kerajaan Malaysia menyokong dan mengalu-alukan cadangan untuk persidangan tergempar Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) diadakan bagi membincangkan isu keganasan Israel terhadap Palestin yang dijadualkan hari ini,” katanya di sini hari ini. Kenyataan itu hadir susulan laporan media antarabangsa berhubung konflik antara Israel yang terus melancarkan serangan udara terhadap Gaza, Palestin sehingga hari ini. Ketegangan antara kedua-dua negara tersebut yang bermula sejak Isnin minggu lalu, semakin meningkat sehingga Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran ia bakal mencetuskan peperangan secara besar-besaran. Siri keganasan itu meletus selepas konflik Israel-Palestin meningkat di Baitulmuqaddis Timur berikutan pasukan keselamatan Israel menyerbu Masjid Al-Asqa dan menyerang penduduk Palestin. Dalam pada itu, Ahmad Fadil berkata, Seri Paduka turut menzahirkan harapan supaya rakyat Malaysia terus memperjuang prinsip keadilan dan sikap hormat-menghormati di samping menolak serta menentang sebarang bentuk keganasan dan kezaliman sesama manusia. Seri Paduka turut menitahkan masjid dan surau serta rakyat di negara ini mengadakan solat hajat dan doa selamat selepas solat maghrib esok (17 Mei), bagi memohon ihsan daripada Allah SWT untuk memelihara kesejahteraan rakyat Palestin daripada niat jahat rejim Israel. Sumber: UTUSAN ONLINE
|
Normabaru replied at 17-5-2021 09:49 AM
Alang2 solat la hajat utk covid skali... Masa bln pose ritu xbuat pon
stingerjaguar replied at 17-5-2021 10:51 AM
cobid lain hari la..mana boleh campur campur? priorities negara apa sekarang?
bukanka saudara ...
isseliparjepun replied at 17-5-2021 10:48 AM
Entahnya, lambat pulak Agong respon. Solat hajat sekali untuk semua perkara buruk yang sedang berlak ...
Normabaru replied at 17-5-2021 10:53 AM
Kaka tau manak ni mn asik mati.. Sama mcm kes covid ni gk..mencanak2 mati.. Betul tak..sama kan ka ...
stingerjaguar replied at 17-5-2021 11:02 AM
Kau ini another bini pak mat tempeh kewww?
kahkahlahkahkahkah...
isseliparjepun replied at 17-5-2021 10:48 AM
Entahnya, lambat pulak Agong respon. Solat hajat sekali untuk semua perkara buruk yang sedang berlak ...
Normabaru replied at 17-5-2021 11:04 AM
Bukan la gary coleman ko salah org ni.. Hehe
Btw bila mn ni nk mati?kaka nk baca talkin sesia ...
stingerjaguar replied at 17-5-2021 11:07 AM
Yela yela aku sorang yg salah org kau yg tak salah ....like real kan....?
kahkahkahkah
Normabaru replied at 17-5-2021 11:18 AM
Dah la manak.. Malas nak layan ko.. Merepek ntah pape.. Syuhhhh
stingerjaguar replied at 17-5-2021 11:23 AM
tagline white flag......dah la malas aku nak layan.....
kahkahkahkahkah
Normabaru replied at 17-5-2021 11:25 AM
Hoi bodoh.. Dh ko merepek pointless.. Ko nk kaka komen ape..
Ko dok reply2 komen kaka nk kaka ...
stingerjaguar replied at 17-5-2021 11:29 AM
Baru jentik geli geli kat tinga kau dah sentap....hina sangst keww kalaupun kau dah jadi janda skg ...
ADVERTISEMENT