Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memuji tindakan rakyat menerusi Tentera Bawang Malaysia ‘menyerang’ keganasan rejim zionis ke atas umat Islam Palestin menerusi media sosial. Beliau berkata, serangan dengan pelbagai tagline antaranya #IsraHell Koyak, #Israhell The Real Terrorist dan sebagainya itu sebagai menunjukkan sokongan warga Malaysia terhadap rakyat Palestin.
Katanya, episod serangan rejim zionis ke atas umat Islam Palestin baru-baru ini amat menyedihkan dengan angka korban dan syahid meningkat, kecederaan penduduknya bertambah dan kerosakan terus berleluasa. “Diharapkan tindakan ini akan memberi tekanan moral kepada penjajah Israel. Sokongan seperti ini sebagaimana dilakukan sahabat di zaman Rasulullah SAW,” katanya menerusi Facebook. Menurut Ahmad Zahid, rakyat Malaysia amat prihatin, selain bantuan wang ringgit, sumbangan dana, keperluan asas dan makanan yang disalurkan menerusi NGO, sokongan di laman sosial juga hebat.
“Kita akui tidak mampu berjuang di bumi Gaza dan Palestin, tetapi usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu saudara seagama di sana. Kita akui kita turut berdepan kekangan dan halangan tertentu dan kita juga mengharapkan sokongan dan sumbangan seumpama ini akan menjadi asbab untuk menjawab di hadapan Allah suatu hari kelak. “Saya kagum dengan peranan rakyat Malaysia. Sokongan ini besar usahanya walaupun terdapat segelintir yang mempertikaikan usaha berkenaan. Bagi mereka ia tidak memberikan kesar besar setakat di media sosial. Jangan pandang remeh. Ia juga boleh dianggap perang media dan psikologi yang boleh menjatuhkan semangat rejim Zionis," katanya. Sumber: MalaysiaGazette
|
mamapea replied at 17-5-2021 11:21 AM
org malaysia punya keyboard warrior mmg dasyat giler la...
ADVERTISEMENT