Adik Haqiem Rusli mengakui dirinya terkesan apabila netizen membandingkan suaranya dengan abangnya. Bagaimanapun Kata Zali Rusli, dia anggap kritikan tersebut sebagai pembakar semangat untuk terus berada dalam industri muzik.
Tambahnya dia akur apabila suaranya mirip Haqiem kerana pastinya mereka mempunyai pertalian darah. "Ada la juga rasa geram apabila segelintir orang bandingkan saya dengan Haqiem tapi saya tak hiraukan sangat. Bagi saya, apa yang orang kata tu menjadi pembakar semangat untuk saya lebih berjaya. "Tapi itulah... kalau orang cakap suara kami lebih kurang, saya pun tak boleh buat apa sebab dah nama pun kami adik-beradik. Kalau nak buat suara lain, nak buat apa... lebih baik jadi diri sendiri.
"Mungkin nanti apabila saya dah berusia 20 tahun, suara akan berubah menjadi lebih matang," kata Zali kepada mStar.
|
Boomibulat replied at 17-5-2021 11:29 AM
Ape nama Penuh budak Zali ni..Sazali ke Razali..?
LadyCarefree replied at 17-5-2021 06:14 PM
Al Ghazali. Hehe
Tunan replied at 18-5-2021 01:06 AM
Uols dah berkenalan ke dgn bakal sis in law u tu? Hihi
Boomibulat replied at 17-5-2021 12:29 PM
Ape nama Penuh budak Zali ni..Sazali ke Razali..?
ADVERTISEMENT