CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Konon Tunai Tanggungjawab, Isteri Dikompaun RM2,000

17-5-2021 12:29 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 11182| Komen: 103|Original author: Oleh: LilRose

Seorang wanita dikompaun sebanyak RM2,000 atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan kerana menziarahi suaminya ketika bertugas di sekatan jalan raya (SJR) di Putrajaya pada Hari Raya pertama.


Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS semalam turut berkongsi kenyataan media yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.


Kredit foto: FB Info Roadblock JPJ/POLIS

"Kompaun dikeluarkan di bawah Peraturan 17 (PU A 225/20212) Ziarah Hari Raya Raya Aidilfitri (No 21 Kesalahan-kesalahan yang diperuntukkan dalam SOP yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana pelanggaran SOP PKP dengan menziarah suami di SJR," kata Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali.

Walaupun ia dilihat sebagai tanggungjawab isteri memberi sokongan moral kepada suami yang bertugas dengan menghantar juadah di pagi raya, namun kepentingan awam adalah melebihi kepentingan individu.



Kredit foto: FB Info Roadblock JPJ/POLIS

"Polis tidak mahu perbuatan sedemikian dijadikan alasan semua ahli keluarga petugas untuk melawat keluarga yang bertugas di lapangan pada Hari Raya atau hari biasa," ujarnya.

Menurut laporan Bernama, wanita berkenaan membawa tiga anak berusia 11 tahun, 10 tahun dan lima tahun melawat anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya terbabit menimbulkan dakwaan mereka telah melebihi had tiga orang bagi sesebuah kenderaan.

Bagaimanapun, tiada kompaun dikenakan selepas  siasatan mendapati mereka menaiki dua kenderaan berbeza.


Kredit foto: FB Info Roadblock JPJ/POLIS

Tegas Fadzil, pihaknya tidak berkompromi sekiranya wujud sebarang pelanggaran SOP PKP.

Tindakan akan dikenakan terhadap sesiapa sahaja sama ada orang awam mahu pun anggota PDRM sendiri. - CARI
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • worm

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mawarika 17-5-2021 12:32 PM
Upload la lg dlm medsos
Quote darkness 17-5-2021 12:33 PM
dah kenapaaaa??
Quote Skuau 17-5-2021 12:34 PM
dh bincang ngn suami atau buat kejutan ni???
Quote Orix 17-5-2021 12:34 PM
Spe yg gatal upload ? Kalau diri sendiri emmmmn jela iols mampu. Kalau org lain yg upload kesiannya la hai…
Quote tikusmontok 17-5-2021 12:36 PM
Demi setitik like
Quote Simunggu 17-5-2021 12:39 PM
ziarah ziarah lah..kenapa share gambar..kan dah kena rm2000....
Quote dudaberhias 17-5-2021 12:40 PM
kesian... mesti ni cikki jenis tak bahagia dengan suami dan kurang perhatian serta kasih sayang suami... jenis suri rumah yang jual produk2 timbang kilo atau produk beragen yang dah habis duit ribu riban untuk ambil stok... jadi kena la cari perhatian demi likes dan viral supaya dapat la produk2 yang terkandas tu laku sebelum di kambus belakang rumah...

harapan dia bila dia post dekat sosial media ramai la likes dan komen dan share... sekaligus orang tengok fb dia dapat la tengok apa dia jual... ujung2 semua terkambus...
Quote otai_g 17-5-2021 12:42 PM
Mcm la kat rumah x blh jumpa asben tu.
Come on la.
Quote Ciktiekus 17-5-2021 12:47 PM
Simunggu: ziarah ziarah lah..kenapa share gambar..kan dah kena rm2000....


Tak share nanti xdapat like..kekdahnye..
Quote amyza82 17-5-2021 12:54 PM
Nasiblah dapat bini bingai.
Mcm dia sorang berlaki, agaknye polis tu x balik2 umha, tu yg berdrama di sjr
Quote kaogi 17-5-2021 12:57 PM
Aduhai.. Kang tok laki kena tatatertib barulah biru mata hitammu...
Quote Ninjanunu 17-5-2021 12:59 PM
Drama much. Kan dah mendapat. Kat rumah xleh salam ke? Tak tinggal serumah ke?
Quote little_sis 17-5-2021 01:14 PM
Hahaha x memasal kena kluar 2k. Ni sbb nak viral ke hapa.. kan dah mendapat saman
Quote NataliaLuiz 17-5-2021 01:15 PM
Yg ni kena kompaun. Si azmin ali tu tak kompaun pulak? Anak menantu dia duk kat KL kan? Sbb tu si hafilda report. Double standard betul SOP nya.
Quote ellejo 17-5-2021 01:25 PM
aik. kertas siasatan takde buka ke?

#sinis
Quote missyL 17-5-2021 01:29 PM
NataliaLuiz replied at 17-5-2021 01:15 PM
Yg ni kena kompaun. Si azmin ali tu tak kompaun pulak? Anak menantu dia duk kat KL kan? Sbb tu si ha ...

Azmin ali kan sume dok serumah lol
Quote dubuk 17-5-2021 01:30 PM
poyo                                          
Quote allshares 17-5-2021 01:31 PM
Yg ko bodoh g ambik gambo pastu up kt medsoc dah kenapa kak? Nk tunjuk isteri minthali sgt khens, harga kebodohannya senilai 2k ye kak, dibayar tunai
Quote imransulaiman 17-5-2021 01:33 PM
Kalau dia ni bini aku, memang mendapat maki di pagi syawal!

Kenapalah bodoh bangang golongan batak like ni??? Dah aku terpaksa penat memikirkan! {:cryrun

Lihat semua komen(103)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.169063 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top