CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Nak Tumpang Senang Ke?"- Janda, Anak Dara Berebut Ajak Jaafar Onn Kahwin

17-5-2021 12:43 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 5428| Komen: 38|Original author: Oleh: Saiful

Jaafar Onn mengakui yang dia ada menerima pelawaan kahwin daripada beberapa orang wanita.

Kata pelakon berusi 70 tahun ini, ada wanita yang janda dan anak dara cuba nasib untuk bersuamikan dirinya.



Foto: IG

"Saya dah letih dan penat untuk fikir soal kahwin. Tidak tahulah samada hati saya dah tertutup sekarang.

"Tapi kalau Allah kata kahwin, kahwinlah saya nanti. Macam di studio masakan saya. Ada 50 orang datang belajar masak.

"Mereka bukan nak tengok saya mengajar, tapi sebaliknya ajak saya kahwin. Saya tanya kenapa nak kahwin dengan saya?,"katanya seperti dipetik di Harian Metro.



Jaafar yang pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki itu berasakan dia sudah tua dan tak pasti samada wanita-wanita tersebut hanya mahu menumpang kemewahannya.

"Tidak tahulah kalau niat mereka nak tumpang harta saya. Tapi saya sendiri pun tak tahu samada saya kaya atau tak. 

"Tapi hidup saya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang juga."

Sementara itu Jaafar ingin menghasilkan buku biografinya.



"Kisahnya mengenai suka duka saya untuk tatapan generasi akan datang. Cuma masalahnya saya tak tahu berapa caj yang nak dikenakan. 

"Saya cakap terus terang saya tak mahir berkenaan kos percetakan dan lain-lain. Takut nanti buku dah keluar cerita belakang tak habis-habis lagi.


"Jadi saya tak nak bebankan orang. Siapa yang nak bekerjasama sangat dialu-alukan. Kita duduk bercerita atau bahagikan hasil sama rata pun tak kisah." -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ciktiekus 17-5-2021 12:45 PM
70 dah ekk umo die..sihat lagi..
Quote TomyamPuteh 17-5-2021 12:49 PM
Ada la kot yg berminat dgn Exora putih beliau yg dh habis byr tu.
Quote msdummy.2018 17-5-2021 01:04 PM
70..seyes...??
Quote ellejo 17-5-2021 01:08 PM
amboi gambar first kemain filter
Quote madknownz 17-5-2021 01:27 PM
at least dia retis yang pandai carik duit...
walau banyak dijadikan bahan jenaka....dia tetap steady.
Quote KIM.K 17-5-2021 01:44 PM
TomyamPuteh replied at 17-5-2021 12:49 PM
Ada la kot yg berminat dgn Exora putih beliau yg dh habis byr tu.

Exactly. Dia kata 'Nak tumpang senang' kepada jodoh dia
Quote ImpianSeroja 17-5-2021 01:47 PM
Tak nampk mcm 70 pun.. Kalau masih sihat,pandai cari duit..ok je kalau nk kawen pun
Quote Plain-tif 17-5-2021 01:53 PM
Inshaallah ada la jodoh tu nanti
Quote izwan_izi 17-5-2021 01:53 PM
gambar spender ke yg tgh gantung kat ampaian belakang burung kakak tua tu..?
Quote Ninjanunu 17-5-2021 01:55 PM
Kena setepek hah
Quote wadiunong 17-5-2021 01:56 PM
izwan_izi replied at 17-5-2021 01:53 PM
gambar spender ke yg tgh gantung kat ampaian belakang burung kakak tua tu..?

Terus iols scroll up balik tengok. Hahaha yela jiran depan rumah ampai baju & spender
Quote Boomibulat 17-5-2021 02:04 PM
Jaafar Onn pengasas UMNO..
Quote piao 17-5-2021 02:12 PM
dah ada brotha


https://bm.cari.com.my/forum.php ... ;page=1#pid72636028
Quote meteorspeed 17-5-2021 02:14 PM
Bagi free pun aku pikir 100 kali hehe
Quote Jitu 17-5-2021 02:29 PM
70 tahun tp tengok mcm 50an je
kahwin je lah klu masih mampu.........tp jgn pilih anak dara penat nnt
Quote makita 17-5-2021 02:53 PM
Acik jaapar ni bijik mata mcm guli. Rajin nye pakai kontek lens
Quote umbut 17-5-2021 02:57 PM
Org cam dia ni best sebagai kawan.. Meriah dan seronok je.. Masak ngemas pun hebat.. Tapi bab atas katil idok ler aku  minat.. Yg ajak kahwin ni dah pikir bab ehem tak..
Quote Zaien 17-5-2021 03:46 PM
70 ey?? msih sihat.. alhamdulillah
Quote SiMontel 17-5-2021 04:15 PM
dah 70 ke?awat mcm muda je lagi...
janda and anak dara yg kejar tu agaknya sebab nak join golongan artis kot hehehe
kelakar pulak aku baca.."saya sendiri pun tak tahu samada saya kaya atau tak." ..jujur sgt hahahaha

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 03:13 AM GMT+8 , Processed in 0.048910 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top