|
Adik Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Ummi Hafilda Ali memaklumkan akan memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya berhubung kes abangnya yang dikatakan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dalam hantarannya sebelum itu, Ummi Hafilda mendakwa ahli keluarga Azmin merentas daerah untuk berkumpul menyambut Aidilfitri. Sementara itu, Azmin di Twitter memaklumkan bahawa dia memaafkan adiknya kerana membuat tuduhan berkenaan. Ummi Hafilda bagaimanapun membuat beberapa hantaran di Facebook menyindir Azmin yang disifatkannya menipu rakyat. "Apa perasaan anda sebagai rakyat bila SOP tak selari antara kayangan dan marhaen?" soalnya. - CARI
|


honeybee1802 replied at 17-5-2021 02:03 PM
Sebenornya balik dr sapu air kt mekah dia kuarantin tak ?
Kitty_catz replied at 17-5-2021 02:12 PM
jemin al jujub ni, kut korang boring2 , sila la melawat twidder heols .. kompom tak kering gusi... ...


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-2-2026 05:19 AM GMT+8 , Processed in 1.434492 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.