CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kenapa Briged Al-Qassam Digeruni Tentera Israel?

17-5-2021 03:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8767| Komen: 53

Keganasan ke atas Palestin masih belum mencapai titik nokhtahnya. Tentunya seluruh umat Islam di dunia ini mendoakan kemenangan serta nasib penduduk Palestin terbela. 


Kredit foto: Middle East Monitor


Di sebalik peperangan yang berlaku, tumpuan harus diberikan kepada usaha Briged Al-Qassam yang menjadi sayap ketenteraan pihak Hamas yang kini sedang berjuang demi pembebasan tanah Palestin. 

Sehingga kini, ketenteraan Israel dengan 720,000 keanggotaan, keupayaan ketenteraan yang canggih dan dikatakan menduduki tempat ke-4 terbaik dunia masih belum mampu melumpuhkan pertahanan Briged Al-Qassam yang dikatakan mempunyai 30,000 keanggotaan.

Apa yang membuatkan Briged Al-Qassam begitu kuat sehingga digeruni tentera Israel?




1. Keberanian Komando Al-Qassam Dalam Strategi Peperangan
Serangan darat Komando Al-Qassam berjaya membunuh sebahagian besar tentera Israel. Segala operasi yang dilakukan adalah secara tersusun dan terancang yang mesti dilakukan dalam tempoh dua minit.

Dalam masa dua minit itulah mereka menyerang dan berundur ke terowong. 

Strategi yang menonjol adalah jerangkap samar yang mampu memusnahkan kereta kebal Israel dengan alat kawalan jauh.


2. Penubuhan Skuad Amfibia Al-Qassam.
Bukan sekadar laluan di darat, Briged Al-Qassam juga mempunyai kekuatan melalui jalan laut. Dengan penubuhan Skuad Amfibia, buat pertama kali dalam sejarah Israel dapat ditembusi melalui jalan laut. 

Sebuah kem ketenteraan berjaya dimasuki oleh skuad tersebut dan seterusnya melancarkan serangan darat secara berdepan.


3. Roket R-160 Yang Mampu Sasar Jauh
Walaupun tidak mempunyai dana yang besar, namun Briged Al-Qassam mampu menghasilkan roket untuk membedil sistem pertahanan Israel. 

Roket R-160 dikatakan mampu menjangkau sehingga jarak 160 kilometer dan ia berjaya dilancarkan ke Haifa iaitu bahagian paling utara di Israel. 

4. Senjata Penembak Tepat ‘Ghoul’ Buatan Sendiri
Memang tidak dinafikan mereka pakar dalam pembuatan senjata sehingga dapat menghasilkan senjata penembak tepat atau sniper yang diberi nama ‘Ghoul’. 

Dikatakan, tembakan senjata ini boleh mencapai jarak sejauh 2 kilometer. Nak dibandingkan dengan sniper biasa, boleh capai jarak 1 kilometer sahaja selain dipercayai mempunyai keupayaan teleskopik.


5. Pelancaran Pesawat Tanpa Pemandu
'Ababil' pernah membuat tinjauan udara di kawasan yang dijajah Israel. Kehebatan dalam penghasilan pesawat ini diakui sendiri oleh Israel sehingga terpaksa menanggung rugi dan malu. 


Kredit foto: Middle East Monitor

Semoga penderitaan rakyat Palestin akan berakhir segera dan mendapat kembali tanah tempat tinggal mereka. Kita doakan kemenangan buat umat Islam di Palestin.


Sumber: KoolFM
3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kiah78 17-5-2021 04:17 PM
Baru dengar cerita tentang tentang kehebatan tentera Al Qasam. Semoga Palatine beroleh kemenangan
Quote nazzse 17-5-2021 04:21 PM
Fuhh hebat. Dalam kekurangan mampu cipta macam2. Ternyata umat Islam bijak pandai
Quote edayildiz 17-5-2021 04:34 PM
i ada baca psl ni before this..tiberr kan keluar psl ni sbb i gugel psl sejarah yahudi..tiberr ada byk masa terluang khen..
org malaysia ni i rasa manja2..kalau kena serang ada ke yg blh mcm dorg ni..
negara kita blh dikata aman damai sedari kecik..sejak covid ni jer mcm hura hara sikit..
idok la aman sgt tp aman la banding north korea,palestin yemen aghanistan sana..
Quote Tinot7 17-5-2021 05:33 PM
edayildiz: i ada baca psl ni before this..tiberr kan keluar psl ni sbb i gugel psl sejarah yahudi..tiberr ada byk masa terluang khen..org malaysia ni i rasa manj ...



Iols rasa walopon ada pandemik, negara kita masih ok2 jahh.. tapi kami sumer manjaahhh mmg betul.. sbb dah biasa cukup sumer benda. Tapi ada juga rakyat mesia yg tak cukup sumer benda.. so kalau voley, buat la amal slalu..
Quote Rogue98 17-5-2021 05:45 PM
Rakyat kita manja ya amat. Tapi nak buat mcm mana..dah negara kita dalam rahmat Allah ...diberi kerajaan yg baik, rezeki yg tidak putus2...cuma skrg jer setelah kerajaan yg baik jatuh kena fitnah...mcm2 bencana dtg. Tapi tengok cara rakyat kita lawan pihak Israel secara maya... Insyallah semangat yg sama kalau negara kita pulak diserang.
Quote ifanonline 17-5-2021 06:13 PM
menjadi igauan ngeri kpd yahudi zionis dan penggentel2 buah yahudi...
Quote AbukRokok 17-5-2021 09:08 PM
digeruni sbb dibantu tentera Turki yang terkoat di donia
Quote mclaren 17-5-2021 09:19 PM
Soalan tak cerdik, apa beza Al Qassam dengsn Hamas? Boleh je google tapi ada sikit kemalasan...
Letak sini boleh orang lain baca sekali.
Quote ifanonline 17-5-2021 09:23 PM
edayildiz replied at 17-5-2021 04:34 PM
i ada baca psl ni before this..tiberr kan keluar psl ni sbb i gugel psl sejarah yahudi..tiberr ada b ...

memang la manja...semua pakai iphone, makan mcdonald, minum starbuck, pakai levis, seluar dalam calvin klien, baju ralph lauren, etc...dari hujung rambut ke hujung kaki semuanya produk yahudi...

sebab tu jiwa keyahudian menebal di kalangan org melayu...cina dan keling toksah kira la...kiblat mereka China dan India...sebagai bangsa melayu, dan bumi tumpah darah malaysia, ke mana kita mau lari?
Quote Rahah 17-5-2021 09:51 PM
Suka baca article macam ni... macam baca sirah pejuang2 Islam zaman nabi dulu... kriteria nak join brigade al qassam ni pun ketat kan... iols ada terbaca kat ig... betul ke tak tu... semoga mereka dilindungi Allah SWT...
Quote LadyCarefree 18-5-2021 04:47 AM
Xhapus sbb israel x all out. Kalau dia nak, habis sekelip mata. X macam palestinians and acah pejuang meleis ni kalau boleh nk annihilate setiap yahudi yg ada.
Quote sekngucing 18-5-2021 04:50 AM
kenapa dressing. mcm. teroris?
Quote Babai 18-5-2021 05:00 AM
Betul ke digeruni?
Quote NataliaLuiz 18-5-2021 07:08 AM
In shaa Allah, kemenangan akan berpihak pada Palestine.
Quote ultra78 18-5-2021 07:20 AM
sekngucing replied at 18-5-2021 04:50 AM
kenapa dressing. mcm. teroris?

Sebab memang terrorist?

Freedom fighter atau terrorist bergantung kepada pihak mana yg tengok mereka.
Quote famri7 18-5-2021 07:29 AM
Sorry sis..kalau artikel dalam.bahasa pertiwi sah2 bias, syok sendiri dan sampah sarap..it must be nice..bgun pagi2..eh harini nak tulis artikel psl al qassam digeruni..kesian ummah indenial
Quote underground 18-5-2021 07:33 AM
Babai replied at 18-5-2021 05:00 AM
Betul ke digeruni?

Kalau tak gerun pun memang israhell ni pondan bacul. Terpaksa kerah wanita join IDF beramai2..

Setakat ni IDF takde announce serangan darat berjaya.. tank punya canggih pun kena ayam je..

Bacul terlaknat ni hanya berani serang orang awam, tembak rocket, artillery dari kejauhan then dok up lagi kisah perang 6 hari sampai AJM..

Perang face2face penakut..


Quote VioletsAre_Blue 18-5-2021 08:12 AM
underground replied at 18-5-2021 07:33 AM
Kalau tak gerun pun memang israhell ni pondan bacul. Terpaksa kerah wanita join IDF beramai2..

...

Israel memang bangsa penakut, penjilat2 israel ingat israel boleh hidup ke tanpa bantuan kuasa besar dunia yang korup? Akak rasa perempuan palestine 1 vs 1 jantan bapok israel, memang kena bantai je jantan israel itu
Quote Babai 18-5-2021 10:45 AM
underground replied at 18-5-2021 07:33 AM
Kalau tak gerun pun memang israhell ni pondan bacul. Terpaksa kerah wanita join IDF beramai2..

...

Israel ni memang jahat, tapi dia orang tak bodoh. Kalau dia orang nak, dia orang boleh je ratakan sampai licin seluruh kawasan, tapi dia orang akan terpaksa berdepan dengan tekanan yang jauh lebih tinggi dari international community dan even negara sahabat baik dia orang pun takkan dapat pertahankan dia orang lagi kalau dia orang buat sehingga ke tahap meratakan seluruh kawasan sampai licin. Kerana perbuatan itu akan mewujudkan krisis kemanusiaan yang terlalu buruk. Pendek kata, Israel ni memang jahat, tapi dia orang tak bodoh.

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.062632 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top