SERANGAN kejam zionis yang menyasarkan warga Palestin di Gaza memasuki minggu kedua. Di sebalik kecaman masyarakat antarabangsa dan desakan hentikan kezaliman, Israel terus mengganas. Roket dan serangan udara bertalu-talu jatuh di bumi Gaza, menimpa orang awam tidak berdosa. Akibatnya, bukan sahaja bangunan dan rumah kediaman ranap, malah angka korban juga meningkat dalam kalangan warga Palestin. Di Gaza, para pegawai sifatkan, serangan terbaharu di adalah paling buruk sejak konflik berlanjutan sekian lama. Di pihak tentera Israel pula, mereka membalas serangan Hamas dan menumpukan kepada lokasi operasi serta yang didiami pasukan pejuang itu dengan matlamat menghapuskan mereka sepenuhnya.
Serangan dan kekejaman Israel turut merebak ke bandar-bandar lain di mana protes yang berlarutan bertukar ganas dan berdarah. Antaranya di Tebing Barat, berlaku pertelingkahan antara tentera dan penduduk awam serta berakhir dengan kematian. Sehingga Ahad, angka korban akibat serangan zionis hampiri 200 orang, termasuk lebih 50 kanak-kanak. Lebih 30 wanita dengan lebih 1,200 individu pula cedera. Sumber : Astro Awani |
ADVERTISEMENT