Khabar angin semakin bertiup kencang mendakwa penyanyi kumpulan Sabyan Gambus, Nissa Sabyan bakal mendirikan rumah tangga dengan rakan sekumpulannya, Ayus dalam masa terdekat.
Pernikahan kedua-dua selebriti itu dikatakan akan berlangsung di Masjlis Agama Jakarta Utara selepas genap dua bulan Ayus menceraikan isterinya, Ririe Fairus. Bagaimanapun, Ketua Pejabat Agama (Urusan Nikah), Daerah Pondok Gede, Ahmad Fauzi berkata setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang permohonon borang nikah daripada Nissa dan Ayus. "Memang sudah banyak gosip yang kami dengar mengenai perkara ini. Sehingga ke hari ini, pihak kami masih belum menerima sebarang pendaftaran nikah atas nama Nissa.
"Itu sahaja yang saya tahu buat setakat ini dan jika ada informasi lebih lanjut, saya akan beritahu nanti," katanya. Ahmad turut menjelaskan, pendaftaran pernikahan harus dilakukan 10 hari menjelang hari pernikahan dan setakat ini nama Nissa tiada dalam sistem rekod mereka. Nissa sebelum ini didakwa menjadi punca kepada keretakan rumah tangga Ayus dengan bekas isterinya. Ayus dan Ririe sah bercerai pada Mac lalu dan hasil perkahwinan, pasangan itu mempunyai dua cahaya mata. -CARI SUmber: mStar/ Liputan6
|
pxlbb replied at 18-5-2021 09:54 AM
Iols already tak suka bawa lagu selawat tp baring-baring muka sangap dalam hutan dgn mekap tebal dan ...
meteorspeed replied at 22-5-2021 06:53 PM
Kecik kecik pun dah pandai jadik perampas ek dik.. Ko tgk ig si ex bini tgk mcm perampas nie dm siap ...
cikpah27 replied at 25-5-2021 03:39 PM
apa nama ig ex dia tu?
meteorspeed replied at 25-5-2021 04:30 PM
ririe_fairus
cikpah27 replied at 25-5-2021 05:06 PM
Uih.. Muka pun ala2 nissa tu jugak.. Lebih kurang ja dressing & bentuk muka..
meteorspeed replied at 25-5-2021 05:47 PM
Tau takpa.. To elok lagi dia nie.. Jantan main kayu 3 bagi peluang sampai 4ali terus blah.. Yg per ...
meteorspeed replied at 22-5-2021 06:53 PM
Kecik kecik pun dah pandai jadik perampas ek dik.. Ko tgk ig si ex bini tgk mcm perampas nie dm siap ...
Cik_jantung replied at 31-5-2021 04:36 PM
kalau kat indon memang kental peminat boikot pelakor nih. kena cari kerja lain atau guna nama orang ...
flipolivio replied at 23-6-2021 12:45 PM
mcm kita boikot jering kt malaysia ke?
ADVERTISEMENT