Penyanyi dan pelakon Farahdhiya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis sekiranya dia masih diganggu dengan mesej-mesej berbaur lucah oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya.
Perkara tersebut didedahkan oleh pelantun Bertakhta Dihati itu menerusi satu hantaran Instagram baru-baru ini dengan memuat naik tangkap layar mesej gangguan lucah yang diterimanya. “Sayang punyalah susah saya cari alamat awak. Awak Penyanyi dan pelakon Farahdhiya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis sekiranya dia masih diganggu dengan mesej-mesej berbaur lucah oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya.tinggal di kondominium tapi tidak pasti di mana. Saya hantar isyarat asap sahajalah jadi awak dapat lihat saya,” tulis lelaki berkenaan dala mesej tersebut.
Disebabkan gangguan tersebut, Farahdhiya mendakwa dia sudah hilang sabar apabila kerap menerima mesej berbaur lucah termasuk kiriman gambar kemaluan lelaki daripada individu tidak dikenalinya. “Peringatan untuk lelaki diluar sana. Saya boleh terima anda sebagai peminat yang sukakan bakat saya dan saya amat menghargainya. “Tapi saya sudah hilang sabar kepada lelaki yang menghantar mesej tidak senonoh kepada saya sejak hari pertama saya buka akauan Instagram,” tulisnya. Ujar Farahdhiya atau nama sebenarnya Farahdhiya Mohd Amin, 37, selain diganggu dengan mesej-mesej tidak menyenangkan, dia juga kerap menerima kiriman gambar tidak senonoh berupa kemaluan lelaki. “Macam-macam saya pernah dapat. Gambar anu (kemaluan), anu yang diletakkan atas gambar muka saya, mesej tidak senonoh tanpa henti walaupun bercakap sendiri (tidak dibalas Farahdhiya). “Mesej yang saya kongsikan ini contoh sahaja sebab terlalu banyak yang dihantar, siap nak cari alamat rumah, nak jumpa ketika berjoging. Awak telah mengganggu ruang dan kehidupan privasi saya,” katanya kesal.
|
Normabaru replied at 18-5-2021 09:17 AM
Butang block xde ke.. Kena bgtau seluruh dunia
Btul la org kata perempuan nama start dgn F gar ...
squeeze replied at 18-5-2021 06:08 AM
santetkan je burung dia,, biar jadik kecik mcm batang lidi
dudaberhias replied at 19-5-2021 09:23 AM
Sadly yang hantar gambar pipit tu lah yang gigih komen aurat dekat ig orang. Bukan tipu yach memang ...
ADVERTISEMENT