Pelakon Syanie Hisham meluahkan rasa kecewa dan kesal dengan tindakan sebuah produksi drama yang menawarkan peluang berlakon dengan bayaran tidak munasabah.
Justeru Syanie, 47, berkata dia tidak teragak-agak menolak tawaran lakonan yang difikirkan tidak bersesuaian dengan bayaran dan komitmen yang perlu diberikan. "Sebelum ini ada production manager tawar saya berlakon drama dua episod dengan bayaran RM500 sahaja, memang saya tolak! Bukan sebab saya demand tapi biarlah berbaloi dengan harga berapa lama kita berlakon. "Saya dah berlakon banyak drama dan filem tapi itulah hakikat di Malaysia ini apabila dah lama berlakon harga pun makin turun... saya beritahu pihak berkenaan untuk cari pelakon lain atau ambil sahaja pelakon tambahan... dia jawab tak apa la ada saja artis lain!
"Apabila berdepan isu ini, saya tak marah pun cuma rasa kecewa. Bagi saya lebih baik tak payah berlakon daripada ambil job sekadar tangkap muat. Mereka nak kita tapi nak bayar dengan harga tak sesuai," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Syanie turut meluahkan rasa terkilan apabila ada tawaran lakonan yang diberikan diukur berdasarkan jumlah pengikut di Instagram. Sudah tiga dekad dalam industri hiburan, Syanie berpendapat tidak wajar produksi menilai kredibilitinya sebagai pelakon dengan membandingkan jumlah pengikut itu. "Kalau saya boleh bertahan selama 30 tahun maknanya adalah kerja saya yang memang bagus... bukan nak cakap saya hebat, tapi jika saya boleh bertahan selama ini, takkanlah kredibiliti saya diletak begitu rendah dengan dibandingkan dengan jumlah pengikut di Instagram. "Saya sangat kecewa apabila ada pengurus produksi yang bertanyakan jumlah pengikut Instagram saya untuk watak yang ingin ditawarkan. Saya ini bukanlah pengguna yang pandai menggunakan media sosial dan saya tak akan buat kandungan yang mengarut. "Walaupun saya tahu kandungan yang bukan-bukan ini cepat mendapat perhatian dan boleh menaikkan jumlah pengikut tapi itu bukan prinsip hidup saya. Kalau itu jadi ukuran, memang tertinggal jauhlah saya dengan pelakon baharu lain yang memiliki ratusan pengikut," ujarnya. -CARI Sumber: mStar Online
|
Boomibulat replied at 18-5-2021 01:05 PM
Kira sekilo 5 ringgit kut..
dudaberhias replied at 18-5-2021 01:11 PM
Kalau syanie ni 100kg kaka. Tu kira RM5000 dah tu. Rasanya 10KG bundle RM5
piao replied at 18-5-2021 11:50 AM
ko henyakatau himpap je producer tu syanie nk bayar org 500 agak2 la..
piao replied at 18-5-2021 12:50 PM
ko henyakatau himpap je producer tu syanie nk bayar org 500 agak2 la..
LadyCarefree replied at 18-5-2021 04:56 PM
2 episod watak sampingan dialog minima memang dapat 500 la sbb most likely sehari kerja saja @asamfi ...
asamfish replied at 18-5-2021 04:00 PM
Ooo...nama je 2 episod, tapi kerja sehari je eh....kalau mcm tu saya rasa ok kot
I thought kalau ...
piao replied at 18-5-2021 04:21 PM
500 MCM GAJI AKU je
ina_na replied at 18-5-2021 04:24 PM
500 tuk 1 episode kot.. Biasa artis ni ade level2 dia.. Gred A biasa mahai skt 2-3k tuk 1 episode..n ...
ADVERTISEMENT