CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malam Paling Dahsyat, Aktivis Indonesia Cerita Detik Gaza Dihujani Ratusan Roket

18-5-2021 10:35 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2282| Komen: 7

Seorang rakyat Indonesia yang berada di Gaza, Muhammad Husein memberitahu keadaan terkini di wilayah Palestin itu sangat sukar ekoran serangan Israel.

Husein menceritakan, serangan Israel pada hari minggu malam (16 Mei) merupakan yang paling dahsyat dalam tempoh seminggu terakhir ini.


Menurutnya, ratusan roket dari dua unit pesawat tempur Israel membedil wilayah di Gaza.


Kredit foto: Twitter Al Jazeera

“Tadi malam adalah malam paling dahsyat selama satu minggu terakhir.

“Ratusan roket dari pesawat tembur F-16 dan Su-35 dan kerta kebal yang ditempatkan di sempadan benar-benar membedil wilayah Gaza,” kata Husein berdasarkan video Youtube tvOne.

Menurut Husein, akibat serangan tersebut, sekitar tujuh rumah warga Palestin hancur bersama para penghuni yang berada di dalam rumah tersebut.

“Ada sekitar tujuh buah rumah rakyat Palestin  yang tadi malam di hancurleburkan ketika penghuninya masih di dalam.


“Jadi sampai detik ini kita bicara, masih dilakukan proses pemindahan para korban yang masih terperangkap di dalam runtuhan,” katanya.

Beliau yang merupakan aktivis kemanusiaan di Palestin berkata, Israel juga mensasarkan serangan kepada jaringan infrastruktur di Semenanjung Gaza.

Menurutnya, s ituasaran itu sengaja dilakukan untuk mempersulitkan proses membantu mangsa termasuk untuk membawa mereka ke hospital.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 18-5-2021 10:39 AM
mana sudah tentera Turkey, Russia, Iran...yg dikatakan datang membantu??? ...mau juga Keluang man dari malaysia turun..
Quote Babai 18-5-2021 10:40 AM
Edited by Babai at 18-5-2021 11:08 AM

Ni thread lawak ke? Sejak bila Israel pakai Su-35?
Quote Babai 18-5-2021 11:07 AM
Mabuk ketupat ke sampai masuk Su-35 ni?
Quote gede-bab 18-5-2021 11:50 AM
Babai replied at 18-5-2021 10:40 AM
Ni thread lawak ke? Sejak bila Israel pakai Su-35?

tu la pasal...bila masa Israhell beli pesawat Rusia?
Quote Babai 18-5-2021 12:28 PM
gede-bab replied at 18-5-2021 11:50 AM
tu la pasal...bila masa Israhell beli pesawat Rusia?

Jangan cakap kuat2, takut nanti ada yang tuduh kita penjilat Israel. Sekarang ni kalau kita perbetulkan fakta pun boleh kena tuduh macam2.
Quote zulka 18-5-2021 04:43 PM
Babai replied at 18-5-2021 11:07 AM
Mabuk ketupat ke sampai masuk Su-35 ni?

tengokla sape yg bercerita....org sebelah pak..
Quote Babai 18-5-2021 05:32 PM
zulka replied at 18-5-2021 04:43 PM
tengokla sape yg bercerita....org sebelah pak..

Wartawan dia la silap pergi telan bulat2 tak fikir.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-11-2024 12:39 AM GMT+8 , Processed in 0.030746 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top