Sambutan Aidilfitri penyanyi Tasha Manshahar dikhabarkan dengan berita sedih apabila ibu bapanya disahkan dijangkiti virus Covid-19 dan kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Serdang.
Berkongsikan berita itu di laman Instagram, Tasha atau nama sebenarnya, Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar, 29, berkata ibunya, Herina Wong Abdullah dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan dan terpaksa dikomakan. Manakala bapanya, Mohd Manshahar kini berada dalam keadaan stabil dan menjalani kuarantin kendiri di kediaman mereka. "Doa adalah senjata orang mukmin, tolong saya perlukan doa kalian. "Tolong doakan kesembuhan ibu saya, Herina Wong dan ayah saya, Mohd Manshahar. Mereka positif Covid-19.
"Paru-paru mummy ada jangkitan, paras oksigen dalam badan pun tak okey... jadi doktor kena 'tidurkan' (dikomakan) dia dan masukkan tiub untuk bantu pernafasan sehingga keadaan dia kembali stabil," katanya. Tasha mengharapkan ibunya dapat mengharungi segala ujian yang diberikan selain memerlukan doa daripada peminat agar ibunya segera diberikan kesembuhan. "Sebenarnya tak jangka langsung akan sampai jadi tahap macam ini. Mummy nampak okey sahaja masa mula-mula kena masuk wad.
|
Inducing a coma allows the brain to rest. It decreases the brain's electrical activity and metabolic rate. Ultimately, this state helps decrease brain swelling and protects the brain from further damage.
Orix replied at 18-5-2021 02:22 PM
kenapa eh kena dikomakan ??? utk bg badan rehat / nak elak dari fikir bukan2 yg boleh effect immune ...
raxief: sama macam makcik aku.. dikomakan sbb covid attack paru-paru, tapi alhamdulillah skrg dah hampir sembuh
MelahJanda replied at 18-5-2021 03:48 PM
sistem pernafasan dia collapse, lungs tak boleh buat keje sendiri. so intubate melalui ventilator ...
ADVERTISEMENT