Seorang pegawai kanan Israel pada Isnin berkata, Tel Aviv tidak komited untuk melaksanakan gencatan senjata dengan Palestin. Kenyataan angkuh itu dibuat selepas kekejaman rejim Zionis di Genting Gaza memasuki minggu kedua yang menyaksikan angka korban terus meningkat kepada 212 termasuk 61 kanak-kanak dan 35 wanita.
"Tiada rundingan, tiada cadangan, tiada apa-apa di atas meja," katanya. Tambah pegawai terbabit, orang tengah yang paling dipercayai untuk rundingan dengan pejuang Hamas adalah Mesir. Mesir yang berkongsi sempadan dengan Gaza sebelum ini pernah menjadi orang tengah bagi gencatan senjata antara Israel dengan Hamas. Pada masa sama, pegawai terbabit berkata, tindakan keras ke atas Gaza tidak akan berakhir dalam masa terdekat. "Kami akan terus menyerang mungkin untuk berbulan-bulan," katanya.
Sebelum itu, di Washington, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menggesa Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu berhenti berbalas serangan dengan Palestin dan mendesak gencatan senjata segera dilakukan. Rumah Putih dalam satu kenyataan berkata, Biden dalam panggilan telefon kepada Netanyahu menyatakan sokongan bagi gencatan senjata dan membincangkan pembabitan AS, Mesir dan sekutu lain. Biden setakat ini menolak untuk bergabung dengan pemimpin dunia lain, selain ramai ahli parti Demokrat menggesa supaya gencatan senjata segera dilakukan di Israel. Presiden berusia 78 itu juga mengulangi pendirian tegasnya yang menyokong Israel membedil Gaza sebagai tindakan mempertahankan diri. - Agensi Sumber: Sinar Harian
|
Orix replied at 18-5-2021 02:32 PM
Saudi sampai kesudah senyap jek khuenst. Tuhan bg tempat Holy semua kt bumi ummah ereb, tp ereb siki ...
Orix: Saudi sampai kesudah senyap jek khuenst. Tuhan bg tempat Holy semua kt bumi ummah ereb, tp ereb sikit pun tak rasa nk sama2 protect kelebihan Tuhan bg ...
dess402: Janji hamas letak senjata dulu
dizekni replied at 18-5-2021 04:12 PM
Bangsa keji yang dinyatakan dalam Al Quran
airmineral replied at 18-5-2021 03:48 PM
xletih ke bincang? da bertahun2 bincang kan?
mmg kena angkat senjata je la kalau dgn zionis ni
salmon-suki replied at 18-5-2021 04:13 PM
Yahudi pny play victim lain maciam..dia y bt onar dulu..hamas tuh sblm attack dorg buat announce ...
ina_na replied at 18-5-2021 04:20 PM
Dia org x kan menyerah sbb dah aim lps Baitulmuqaddis akan serang Madinah pulak.. Umat Islam pulak r ...
dess402 replied at 18-5-2021 02:17 PM
Janji hamas letak senjata dulu
dess402 replied at 18-5-2021 03:18 PM
Bertahun2 kita cuba hormati perjanjian , tapi bertahun juga hamas suka2 mai bedil . Mana boleh tah ...
ADVERTISEMENT