|
Kanak-kanak berusia tujuh tahun ditemui mati dan mayatnya disimpan selama empat bulan di rumahnya sendiri di Kampung Congkrang, Temanggung, Jawa Tengah. Lapor Kompas.com, Ketua Polis Temanggung, Benny Setyowadi berkata, kes terbongkar selepas Polis Bejen menerima laporan daripada penduduk mengenai mayat budak perempuan itu. “Pada pukul 11 malam, Polis Bejen menerima laporan daripada Ketua Kampung Congkrang mengenai kes pembunuhan melibatkan kematian. “Ketika ditemui, mayat mangsa sudah kering dan hanya tinggal kulit dan tulang sahaja. Mayat itu juga tidak ditanam seperti biasa,” katanya. Namun begitu, pihaknya belum dapat mengenal pasti punca kematian kanak-kanak itu dan masih menjalankan bedah siasat. Katanya, pihak polis sudah menahan empat individu termasuk jiran mangsa bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
20-2-2026 11:30 PM GMT+8 , Processed in 0.058837 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.