Banyak pihak kesal dengan tindakan Neelofa dan keluarga yang dilihat terus menerus mencabar undang-undang dengan melanggar prosedur operasi standard (SOP). Justeru, pengacara dan selebriti kontroversi, Azwan Ali menggesa Neelofa dipenjarakan kerana melakukan kesalahan berulang lebih-lebih lagi apabila tular videonya meraikan Aidilfitri bersama keluarga yang tinggal berasingan.
"Ini bukan soal selebriti tegur sesama selebriti. Jangan tanya apa dosa Neelofa kepada saya. Tanya dia, apa yang dia buat Diva AA (Azwan) marahkan dia sangat? "Dia antara selebriti yang sering dikecam teruk oleh Diva AA. Tanya pada dia, apa dosanya yang saya dendam sampai mati? Itu persoalan yang perlu, dia jawab. "Kecaman yang berlaku sekarang bukan kerana soal selebriti. Ini soal undang-undang, soal negara yang bermaruah," katanya kepada Harian Metro.
Malah, Diva AA meluahkan rasa kesal terhadap kerajaan yang dilihat memilih kasih dalam menjatuhkan hukuman. Dia turut mempersoalkan apa sumbangan besar Neelofa pada negara sehingga dipandang 'hebat' di mata segelintir pihak. "Setakat jadi pengacara program MeleTop, apalah sangat. Ini saya buat Juara Lagu, hasilkan drama Lontong dan buat macam-macam karya, sekejap saja kena tangkap dan didakwa di mahkamah. "Neelofa boleh pula terlepas. Jangan bagi rakyat bertambah marah. Malaysia sekarang diambang kehancuran, kenapa biarkan perkara ini berlaku? "Saya adalah orang pertama yang nak dia dipenjarakan. Saya tak perlukan sokongan ramai dalam perkara ini. Ia adalah pendirian saya sebagai rakyat marhain," tegasnya. Lantaran itu, Diva AA turut mempertikaikan dakwaan kerajaan bahawa tiada pilih kasih atau kompromi terhadap mana-mana pihak melanggar peraturan. Dah ada undang-undang berkenaan akta penyakit berjangkit, kenapa tak dilaksana atau dikuatkuasakan? - CARI |
bedahmenjuyah replied at 18-5-2021 07:41 PM
Kat mana rumah diva aa rega sejuta ni. Klcc view ya. Nampak mcm biasa2 je kikiki. Jangan maki kaka b ...

user.name replied at 18-5-2021 08:07 PM
irvene replied at 18-5-2021 08:11 PM
abg ko pun patut kena saman tak?
naina replied at 18-5-2021 08:52 PM
Alahai sempit eh rumah rega sejuta. Apahal dia bebel duk ngadap view yg sama. Tunjukla view KLCC sep ...
ADVERTISEMENT