CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Alvin, Kucing Yang Cemburu

15-11-2013 04:20 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7681| Komen: 20




Tiada kaitan dengan masalah remaja kini atau masalah rumah tangga suami isteri. Segala-galanya berkaitan dengan seekor kucing yang bernama Alvin yang baru berusia empat bulan sangat mencintai kekasih Nick iaitu Stephanie.

Ianya bermula apabila Stephanie ingin membela seekor kucing sedangkan Nick cukup alah dengan kucing. Namun Stephanie tetap berkeras untuk membela seekor kucing. Berminggu juga pasangan ini bertengkar manja (memandai je aku tokok tambah) dan Alvin tiba dua minggu selepas keputusan dibuat.

Nick menemani Stephanie untuk mengambil Alvin. Dalam perjalanan Nick cuba untuk memberi cadangan lain untuk mengambil kucing yang jenis Sphinx; kucing yang tidak berbulu. Jadi tidaklah Nick akan kena alahan dan bersin. Namun cadangan itu ditolak… tidak berjaya. Kesian Nick.








Segalanya bermula sebaik sahaja sampai di rumah. Stephanie meletakkan Alvin di atas riba Nick yang sedang bersantai sofa. 'Bermanja lah dengan abah,' kata Stephanie. 5 minit masing-masing bertentang mata dalam keadaan yang menjengkelkan, Alvin kencing di atas Nick dan terus lari menghilangkan diri. Itulah pengenalan tiga bulan lepas. Sejak dari itu hubungan Nick dengan Alvin terutamanya dengan Stephanie menjadi huru-hara.

Kucing yang dibela oleh mereka adalah jenis Bengals, kucing jenis ini amat dahagakan perhatian seperti rasa dicintai dan disayangi.

Nick tidak membenarkan Alvin tidur bersama. Alvin dibiarkan diluar. Alvin akan buat bising 'meoww..meowww' dan mencakar-cakar pintu. Bila penat, dia akan berhenti, namun tetap setia didepan pintu.

Ada satu ketika bila Nick atau Stephanie hendak ke tandas, dia melompat masuk macam ninja. Dan pernah sekali Nick terbangun menjerit kerana Alwin merangkak diam-diam bawah selimut dan mencakar buntut Nick. Juga, jika Nick cuba nak bagi makan, tanggannya pula yang Alvin serang.







Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hanakikan 14-11-2013 08:35 PM
siann nick
Quote cmf_blanco 14-11-2013 08:38 PM
haha..kesian nick juga..nasib la..
Quote honey_jelly 14-11-2013 08:41 PM
kesian..serius ke? kalau camtu pergilah mintak tolong/nasihat daripada jackson galaxy, cat behaviourist...dia mmg expert bab2 perangai kucing nih..aku pun selalu tgk show dia..my cat from hell..mmg smer dlm tuh kucing bermasalah diubati
Quote blythes 14-11-2013 10:50 PM
kemain yang translate tuh
Quote dahliateck 14-11-2013 11:03 PM
kucing pun pandai jeles
Quote ais_kosong 15-11-2013 08:26 AM
kucing tu sangat comel dan innesennya la muka
Quote shakirajefrydin 15-11-2013 09:42 AM
nakalnya kamu alvin! tp bengals mmg ganas n nak manja jerk..
Quote nicuya 15-11-2013 09:55 AM
mcm cter ape tu yang kucing ngade jeles ngan makwe owner die...josh duhamel jd owner kucing tuh...kucing betina gatal...sian makwe die..last2 breakup gak..hampehnye kucing
Quote asher 15-11-2013 10:33 AM
dpt kat aku kucen yg mengada2 siap la ko..piapp..
Quote cikatilia 15-11-2013 11:14 AM
alalala kucing pon pandai jeles
so cutee


Quote Artemesiaa 15-11-2013 01:42 PM
honey_jelly posted on 14-11-2013 08:41 PM
kesian..serius ke? kalau camtu pergilah mintak tolong/nasihat daripada jackson galaxy, cat behaviour ...

Baru nak cadangkan benda yang sama tadi hahaha
Quote atreyu05 15-11-2013 02:03 PM
comelnya Bengal
kesian kat Nick huhuhu
Quote merahmerah 16-11-2013 03:44 PM
Hahhaha comelnya Alvin ni!
Quote kookie92 18-11-2013 10:22 AM
mcm ninja..haha tetiba aku teringat vid mat lutfi
Quote outcast 18-11-2013 01:31 PM
meh kat sini aku tlg bela
Quote rolypoly 18-11-2013 05:10 PM
macam comel je cerita ni
Quote syue86 18-11-2013 06:19 PM
kesian jek nick tu
Quote R.A.M.A_mirror 19-11-2013 11:02 AM
comel ! wee !
Quote aulya 19-11-2013 11:07 AM
lol comey

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.076799 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top