SATU kejadian ribut siklon besar di Lautan Arab dilihat menuju ke pantai barat India pada Isnin ketika Mumbai menyaksikan hujan lebat yang berterusan. Siklon Tauktae, yang sudah mengorbankan enam orang di selatan India, dijangka membadai bahagian Gujarat dengan kelajuan angin 175 kilometer sejam. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi India, angin kencang dan hujan lebat itu sudah membadai bandar pesisir barat India, Mumbai. Bencana itu muncul ketika India masih lagi berjuang dengan lonjakan kes COVID-19 yang cukup dahsyat. Umumnya, pantai barat India sering dibadai taufan luar biasa, namun akibat daripada perubahan iklim baru-baru ini, ia menjadi lebih kuat.
Pada Mei 2020, hampir 100 mangsa terkorban akibat dilanda Taufan Amphan yang menjadi ribut paling teruk di timur India dalam tempoh satu dekad. Sumber : Astro Awani |
ADVERTISEMENT