Padah ikut petua netizen, isteri Tajul yang baru melahirkan anak kedua mengalami demam panas. Kata isterinya, Nurul Shamieza, dia mengikuti petua tersebut selepas bertanya cara untuk mengurangkan penyait kuning anaknya yang berusia 13 hari
Dia terpengaruh untuk cuba minum air tin sengkuang cina. "Semalam Ica (merujuk dirinya) demam panas, sejuk sampai ke tulang dan hampir bentan sebab ikut salah satu tip orang. "Semalam ramai gila bagi tip turunkan kuning baby. Saya pilih satu petua. "Yaa... air tin sengkuang cina, Ica suruh husband beli dekat kedai. Masa minum tu okey je.
"Lepas balik rasa lain macam nak pitam. Start pukul 9-10 malam sejuk gila badan macam bukan demam biasa ya. "Lebih teruk pakailah berlapis-lapis selimut ke apa sejuk tu tetap tembus!" Sementara itu Tajul kata dia memberikan nasi yang dikepal dengan bawang putih bakar bagi menyembuhkan isterinya. "Cuak laki aku, lepas tu dia dapat petua redakan demam, bakar bawang putih dan kepalkan dengan nasi putih. "Rasa dia memang tak sedaplah tapi lepas makan terus badan rasa panas dan better sikit." Nurul juga sudah serik untuk mencuba petua pelik yang boleh membahayakan kesihatannya selepas ini. -CARI
|
AshkieLa replied at 19-5-2021 01:28 PM
dah second baby pun mudah terpengaruh lagi ke?
Iimaukasturi replied at 19-5-2021 01:28 PM
Dik.. Xtgk rncgn tanyalah doktor ke? Kunci kepada penyakit kuning adalah kerapkan menyusu.. Mcm ni p ...
Iimaukasturi replied at 19-5-2021 01:28 PM
Dik.. Xtgk rncgn tanyalah doktor ke? Kunci kepada penyakit kuning adalah kerapkan menyusu.. Mcm ni p ...
Johi replied at 19-5-2021 02:11 PM
Apasal tak pergi klinik ke hospital,petua ni kalau sakit yg tak berapa serius bolehlah cuba,dulu2 ma ...
ADVERTISEMENT