"Saya tak serik pun nak berkahwin lagi, tapi buat masa ini belum terbuka hati. Saya pun gembira dan bahagia dengan kehidupan sekarang". Demikian kata penyanyi popular era 1980-an, Ramlah Ram, 56, ketika ditanya berkenaan hasratnya untuk berkahwin baharu.
Sudah 11 tahun hidup bersendiri, Ramlah yang popular dengan lagu Selamat Jalan Romeo dan Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu pernah mendirikan rumah tangga dengan penerbit di RTM, Kamal Roslim pada 2000 sebelum bercerai pada 2010. "Entahlah nak cakap macam mana. Ada saja kawan yang tanya saya soal kahwin ini. Mereka tanya tak teringin ke nak kahwin lagi? Saya pun sebenarnya tak fikir, tapi kalau ada jodoh saya terima. Jika tak ada pun tak apa.
"Apapun, saya tak dinafikan ada juga rakan seusia saya berkahwin lagi kerana mahu berteman dan itu pilihan mereka serta ada jodohnya. Tapi, untuk saya alhamdulillah gembira dengan apa yang Allah berikan setakat ini. "Setiap orang ada cara gembira dan bahagia masing-masing. Saya sangat bersyukur dengan perjalanan kehidupan sekarang. Alhamdulillah, saya tak rasa sunyi," katanya kepada Harian Metro.
|
GincuPurple replied at 22-5-2021 01:03 PM
adoi bibior kak melah...
ADVERTISEMENT