Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Johor Zaiton Ismail meminta netizen bertenang daripada terus bertikam lidah mengenai isu cara penyediaan 'laksa'. Katanya, pertelagahan itu dapat dielakkan sekiranya individu tertentu pada awalnya memberi pandangan secara baik dan tidak membuat perbandingan kurang sihat berkaitan cara penyediaan makanan tradisional itu.
Ia berikutan perkongsian pendapat seorang wanita berkaitan bahan penyediaan makanan tradisional itu di laman sosial, baru-baru ini. "Secara tradisi, penyediaan laksa memang berbeza di beberapa negeri dan misalnya di Johor, ikan tenggiri menjadi bahan utama dan saya yakin begitu juga dengan negeri lain, makanan itu disediakan mengikut citarasa dan memiliki keistimewaannya. "Misalnya selain ikan tenggiri, saya pernah mencampur beberapa jenis ikan untuk direbus bagi menyediakan laksa untuk seisi keluarga dan hasilnya enak.
"Apa yang penting penyediaan makanan itu secara sihat dan bersih. "Tidak salah wanita itu memberi pandangan tetapi ia seharusnya dikongsi secara baik dan tidak membuat perbandingan hingga mengguris dan menjejaskan sensitiviti netizen lain," katanya. Sumber: Harian Metro
|
jfq replied at 20-5-2021 10:40 AM
Skrang mana ada tikam lidah. Ni keyboard era
fofuler replied at 20-5-2021 11:07 AM
JDT dan perangai above all berpisah tedaa. Ala laksa je pun nak gaduh, bazir masa je.
ADVERTISEMENT