|
Sekurang-kurangnya 269 doktor dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 semasa India dilanda gelombang kedua wabak tersebut. CNN melaporkan, Persatuan Perubatan India (IMA) malah melaporkan purata 20 hingga 25 kes kematian dicatatkan dalam masa sehari.
Presiden IMA, Dr. J.A. Jayapal berkata, semasa gelombang pertama, 756 doktor maut tetapi kali ini kebanyakan doktor yang mati masih berada dalam usia muda. Katanya, sejak Mac tahun lalu, 1,025 doktor mati akibat virus berkenaan. Jelas beliau, data tersebut diperoleh secara harian daripada persatuan tempatan dan hospital di seluruh India. Ahad lalu, seramai 50 doktor dilaporkan maut akibat Covid-19. Sumber: Utusan
|
NataliaLuiz: Habis tu kalau doktor dah tak ada, siapa yg nak rawat pesakit? Nak import doctor luar?

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.373243 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.