Semakin mencabar dan menghina umat Islam seluruh dunia, Israel memetik ayat suci al-Quran dari surah al-Fil untuk menjustifikasikan serangannya terhadap penduduk Palestin. Ciapan biadab bersama gambar pengeboman di Gaza itu dimuat naik di Twitter @IsraelArabic yang difahamkan milik Kementerian Luar Negeri Israel.
Namun, apabila motif ciapan itu dipersoalkan Middle East Eye, kementerian terbabit enggan memberi sebarang komen. Sementara itu, ulama terkenal Dr Yasir Qadhi mendakwa ia adalah satu penghinaan terhadap kitab suci al-Quran dan kehidupan manusia. "Tidak ada yang lebih keji dan kejam daripada laman Twitter Arab Israel yang menggunakan ayat Al-Quran untuk mengejek pengeboman yang mereka lakukan di Gaza. "Ayat kitab suci kami bukanlah sesuatu untuanda gunakan untuk menjustifikasikan perbuatan hina anda," antara komen netizen.
Ini bukanlah kali pertama rejim zionis menyalahtafsir dan memutar belit terjemahan al-Quran. Lapor Sinar Harian, jurucakap Kementerian Pertahanan Israel, Avichay Adraee sering menggunakan petikan daripada kitab sudi al-Quran dalam setiap ciapannya di platform media sosial itu. - CARI
|
KIM.K: So kalini israhell betul2 perang digital sakitkan hati umat islam
Buritan replied at 20-5-2021 02:39 PM
Koh koh.. itu ajevlaa modai depaa... kita tulis koyak.. tulis mak ko ijo.. terus terbako.. lem ...
Modngengade replied at 20-5-2021 02:24 PM
apa kata penjilat2 yahudi CARI ye?
ADVERTISEMENT