Padah menyambut hari jadi, 14 individu termasuk tuan rumah didenda dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM70,000 dalam kejadian di Taman Suria, di sini pada malam Selasa. Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, operasi pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu dibuat pada jam 11 malam hasil maklumat orang awam.
Menurutnya, apabila sampai di lokasi, polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang mendapati 10 lelaki dan empat perempuan berusia antara 17 hingga 38 tahun itu sedang berkumpul di hadapan rumah. "Hasil siasatan yang dijalankan mendapati 13 orang telah hadir ke rumah salah seorang penghuni di situ dengan tujuan meraikan hari lahir di mana aktiviti tersebut tidak dibenarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN). "Kesemua mereka telah dibawa ke IPD Kluang dan sebanyak 14 kompaun telah dikeluarkan, masing-masing setiap seorang berjumlah RM5,000, di bawah Per.16 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit ( Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2021.
"Kita menyeru orang ramai agar mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh MKN bagi mengekang penularan wabak Covid-19," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu. Sumber: Sinar Harian
|
gekkou replied at 20-5-2021 09:02 PM
sementelahan jahlop hanya didenda rm60k buat majlis gilang gemilang berlaga bontot
tak plak saman e ...
ADVERTISEMENT